Akhirnya Aku Di Sini...

Assalamualaikum W.B.T...


Setelah sekian lama, akhirnya aku sempat juga menerbitkan blogku sendiri. Mungkin kerana telah ramai rakan seperjuanganku yang menulis, menghantar nukilannya, menyuarakan idea mereka, untuk membangkit, menyedar dan membuka mata umat, maka aku turut ingin menyertai mereka. Namun setiap perbuatan perlu dimulai dengan niat yang benar. Niat yang tulus, suci dan murni. Niat yang satu, untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Dialah Teman, Dialah Guru, Dialah Kekasih, Dialah Tuhan, Dialah segala-galanya..



Ya-Allah, aku hanyalah hambaMu yang lemah, hina, banyak berdosa, sering alpa, sentiasa mengharap belas ihsan dariMu. Kaubimbinglah aku ke jalan kebenaran, jalan yang lurus, jalan menuju syurgaMu. Kauampunilah aku atas segala kesilapanku. Aku sering melakukan dosa, bertaubat, lalu kembali melakukan dosa. Tetapi Ya-Allah, aku tidak akan pernah jemu untuk bertaubat, ya, ini tekadku, aku tidak akan sekali-kali jemu untuk bertaubat. Kekalkanlah azamku ini Ya-Allah..



Semoga apa yang bakal kunukilkan di sini akan mendapat ganjaran pahala, diredhai-Nya serta bermanfaat buat semua. Insya-Allah.



0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^