Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 1)


Bas bergerak laju. Semua penumpang sedang melayan diri sendiri. Ada yang berborak-borak. Ada yang sedang 'menghimpun daya' (tidur laa). Ada yang sedang membaca majalah dan ada juga yang sedang asyik melayan musik daripada MP3nya. Namun di suatu sudut, ada dua penumpang yang beraktiviti lain daripada yang lain. Mereka sedang membaca Al-Quran. Mereka memang sudah terbiasa melazimkan diri agar setiap saat yang dilalui akan cuba terpenuhi dengan perkara yang berfaedah, yang insya-Allah boleh meningkatkan tahap keimanan mereka.

"Agak-agak macam mana la kat sana nanti ye? Leh ke kita survive akh?"

"Alah, boleh punya. Aktiviti dia kayak dan whaling jer. Minggu lepas masa mukhoyyam kan kita dah berlatih berakit dari pagi sampai petang. Siap sunburn lagi. Sure senang je nanti."

"Kalau setakat aktiviti fizikal tu ana tak kesah pun. Nak sunburn ke, patah tangan ke, sakit sendi ke, semua tu boleh baik nanti."

"Habis tu?"




"Masa mukhoyyam minggu lepas kita semua lelaki, alhamdulillah dah tarbiyah dan faham Islam. Apa yang kita buat tu insya-Allah lebih menaikkan tahap keimanan kita. Ukhuwah pun dapat dieratkan. Tapi kat OBS ni campur lelaki perempuan. Orang-orang umum pulak tu. Leh ke iman kita survive?"

"Ana faham apa yang antum maksudkan. Betul tu. Bukan senang nak jaga batas-batas pergaulan bila dah ramai-ramai macam tu. Ikhtilat akan berlaku. Memang susah kita nak jaga. Pulak tu, ikhwah yang ikut tarbiyah yang ada kali ni cuma ana dan antum je. Tapi akhi, cuba lihat dari luar kotak, apa orang minang kata, out off box."

"Orang minang ape ni akh.."

"Hahaha..Ye la, omputeh la. Ala antum ni, macam tak biasa pulak dengan ana."

"Ok,ok, maksud antum, kita cuba pandang daripada sudut yang positif ke? Anggap program ni sebagai medan untuk kita mempraktikkan apa yang kita pelajari selama ini la?"

"Hah, pandaipun ikhwah ana seorang ni. Jangan asyik-asyik fikir yang buruk-buruk je. Selama ni kita berada dalam 'comfort zone'. Satu rumah kita semuanya ikhwah. Pagi-pagi ada orang boleh kejutkan tahajjud. Solat subuh boleh sama-sama ke masjid naik kereta ana. Bila kita mula nak buat benda-benda mengarut dan tak berfaedah, ada ikhwah yang akan ingatkan. Suasana yang ada memang dibina bagi kita membentuk peribadi muslim yang diidamkan. Tapi bila kat luar, bila kita bersendirian, itulah masanya kita akan menunjukkan peribadi kita yang sebenar. Bolehkah kita tetap mengekalkan prinsip-prinsip Islam yang kita perjuangkan selama ini. Jadilah benih yang baik, dicampakkan ke tanah menjadi kereta, dicampak ke laut menjadi kapal selam, dicampak ke udara menjadi jet pejuang."

"Dah, mula dah perumpamaan pelik die ni. Tapi ana paham maksud antum, kita biar ke mana pun kita pergi, kita perlu membawa prinsip diri yang jelas, kan? Biar kita yang merubah suasana, jangan suasana yang merubah kita. Tapi ana masih risau. Antum pun tau kan, ana ni dulu macam mana. Ana ni mudah excited. Bila excited, habis semua perangai lama keluar. Ana risau ana akan jadi fitnah bagi ikhwah-ikhwah lain. Orang akan pandang serong bagi orang-orang yang berdakwah."

"Tenang akhi, cool...ape orang kampung ana kata, relax...haha.. Kita belum sampai pun lagi antum dah fikir macam-macam. Sekarang ni, selalu ingat, siapa kita sebenarnya. Ke mana pun kita pergi, kita ada misi dan visi yang jelas. Kita nak bawa perubahan dalam masyarakat. So, kat sana nanti, selalu fikir, macam mana kita nak sampaikan mesej Islam kepada mereka. Insya-Allah kita akan selalu dijaga oleh Allah. Ingat Allah selalu. Ok la ye akh, ana nak habiskan sikit lagi ni. Takut kat sana nanti program pack. Nanti berhutang pulak bacaan Al-Quran kita. Penat nak qada'. Antum dah habis ke?"

"Belum. Ok lah, ana pun nak sambung baca ni. Jazakallah atas nasihat akh."

Bas terus melaju menuju ke tempat program. Keresahan Ibrahim mulai berkurang setelah berbual dengan Syazwan. Begitulah lazimnya mereka, saling ingat-memperingati.

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
[Adz-Zaariyaat, 51:55]





******

Bas tiba di tapak program tepat jam 1 petang. Tengah hari sabtu itu amat panas. Kelihatan para pelajar menurunkan beg-beg daripada bas sambil mengipas-ngipas diri dengan majalah dan surat khabar yang ada di tangan. Tempat-tempat teduh segera ditujui bagi mengelakkan diri dibakar sinar matahari.

"Semua pelajar sila pergi ke dewan kayu sekarang!" Tiba-tiba satu suara memecahkan keheningan suasana.

Semua pelajar menuju ke dewan kayu sambil menggalas beg masing-masing. Ibrahim dan Syazwan tidak terkecuali. Di dalam dewan itu mereka diarahkan untuk mengambil tempat di atas bangku panjang yang berketinggian berbeza. Beg diletakkan di suatu sudut dewan.

"Akhi, ana harap kita dapat dalam 1 kumpulan. Nanti senang antum nak ingatkan ana."

"Insya-Allah. Semoga Allah mempermudah. Banyakkan berzikir Im"

Seorang lelaki berumur kira-kira 30-an maju ke hadapan para pelajar. Dia mengambil mikrofon dan kemudian membuat ucapan.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Selamat datang ke Outward Bound School ataupun OBS. Saya adalah Ramzan, ketua pelatih di sini. Kamu boleh panggil saya Abang Ramzan. Mereka semua yang berbaju kemeja di hadapan kamu ini adalah para pelatih yang akan membimbing kamu sepanjang program di sini. Harap kamu semua dapat memberikan kerjasama yang baik kepada mereka." Katanya sambil menunding ke arah barisan pelatih yang berkemeja biru, mungkin pakaian seragam pelatih di situ.

"Kamu semua beruntung kerana dapat datang ke sini. Di sini kamu akan dilatih untuk membina ketahanan mental dan fizikal di samping meningkatkan kebolehan kamu berinteraksi dan pergaulan di antara kamu. Kamu akan bekerjasama secara berkumpulan untuk menghadapi semua aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, saya harap kamu dapat buka minda luas-luas dan nikmatilah program ini dengan penuh semangat. Lupakan semua masalah yang membelenggu. Enjoy!"

'Betul jugak tu. Baik aku enjoy je kat sini. Tak payah tension-tension sangat. Insya-Allah semua akan ok,' Ibrahim berkira-kira sendiri.

"Baik, sekarang kita akan bahagikan kumpulan. Siapa yang dipanggil nama sila ikut pelatih masing-masing."

Semua pelajar dibahagi kepada 7 kumpulan yang dipanggil watch. Setiap watch terdiri daripada 14-15 orang. Lelaki dan perempuan disekalikan dalam satu kumpulan. Hasrat Ibrahim dan Syazwan untuk duduk sekumpulan tidak tercapai. Ibrahim ditempatkan dalam watch Tahan manakala Syazwan dalam watch Trusmadi. Mereka akan menjalani program secara berasingan, kerana Trusmadi dan Tahan berada dalam kumpulan besar yang berbeza. Trusmadi, Beremban dan Gading berada dalam Group 1 manakala Tahan, Ledang, Ulu Sepat dan Jerai Group 2. Ibrahim akan bersendirian mengharungi segalanya.



bersambung...

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^