Email yang diterima...

Saya dapat email ini, meminta agar diberi pendapat. Saya kira ia perlu dikongsokan bersama. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Sebenarnya sy mempunyai satu tujuan yg sy rasakan begitu penting kepada diri sy dan mungkin juga masa depan sy yg mendatang. Saya ingin bertanyakan pendapat terhadap saudara tentang masalah sy dan sy rasakan saudaralah orang yg dapat memberikan pendapat terbaik kepada masalah sy ini.

Saudara, tidak dinafikan bahawa sememangnya lumrah manusia lelaki akan tertarik kepada perempuan. Terutamnya remaja seperti sy (16 tahun). Menurut kajian sains, golongan remaja akan mempunyai 'rasa' sedemikian lebih daripada golongan lain kerana pada masa ini hormon2 seks yg terdapat dalam tubuh remaja tersebut dikatakan paling tinggi kerana berlakunya proses kematangan.

Terdahulu izinkan sy menceritakan serba sedikit tentang diri sy. Sy merupakan seorang yg boleh dikategorikan sebagai seorang yg pemalu, pendiam, dan tidak berani untuk memulakan sesuatu perbualan melainkan orang lain yg memulakannyadahulu. Sy akui tahap keyakinan diri sy ini terlalu rendah, jika dibuat level keyakinan diri sy, berani sy katakan yg sy berada dlm tahap 2 daripada 10. Setelah muhasabah diri, sy ketahui bahwa ianya berpunca daripada diri sy yg kurang dalam pergaulan sosial(walaupun dalam keluarga sendiri). Sy malu dan tiada keyakinan untuk berhadapan masyarakat. Sekiranya berada dalam kalangan orang ramai sy akan mula gelisah dan takut kerana masalah confident ini yg terlalu rendah hingga menyebabkan sy tidak membuka mulut untuk bercakap dengan orang lain(sungguh tidak elok perilaku sy ini).

Saudara,berbalik kepada masalah sy tadi. Naluri remaja sama belaka walaupun seseorang remaja itu berbeza antara satu sama lain. Sy mempunyai satu perasaan terhadap seorang perempuan. Itulah masalah utama sy yg ingin sy kongsikan kepada saudara. TAPI, dengan keadaan sy yg begitu rendah tahap kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri ini menyebabkan ianya begitu sukar untuk sy. Hal ini kerana, perempuan yg sy minat tersebut 'SEMPURNA' pada pandangan sy. Dia memiliki personaliti menarik, tahap keyakinan diri yg tinggi, tahap pergaulan sosial yg bagus (terutamanya terhadap keluarga krn sy pernh ke rumahnya beraya di sana) terhadap kawan2 samaada lelaki mahupun perempuan, bijak dalam semua aspek termasuklan akademik, dan juga cantik(menyebabkan ramai yg terpikat padanya terutama kawan2 sy). Saudara, jika dirinya hendak dibandingkan dengan sy, termatlah jauh sekali bezanya. Dalam akademik dia jauh lebih bijak dr sy dan juga semua aspek lain. Senang cerita dia tu lebih baik daripada sy. Semestinya saudara akan menyuruh sy mencontohi dan menandinginya dlm pelajran kan? Amatlah berat bg sy dan susah kerana sy mempunyai 'PERASAAN' terhadap dia. Perasaan ini tidak membantu sy sedikitpun untuk menandinginya dalam pelajaran malahan lebih memburukan diri sy sendiri. Buat pengetahuan saudara, setiap kali belajar dlm kelas(kami satu kelas) fikiran sy akan melayang terhadap dia menyebabkan sy sukar untuk belajar. Walhal, dia tidak ada apa2 pun. Ini kerana sy merahsiakan dlm hati sy dan tidak berani untuk meluahkan pada dia(dia tidak tahu apa2). Perkara ini menyebabkan jiwa sy begitu terseksa. Kesannya, setiap kali peperiksaan keputusan sy merosot. Pernah terjadi pada satu peperiksaan hari tu, sy tidak dpt menjawabterus satu kertas kerana jiwa ini terasa pedih sgt kerana terlalu memikirkan terhadap dia dan sy selalu melihat dia ketika peperiksaan. Perasaan ini seolah2 beban buat sy.

Saya terlalu meminatinya..terlalu..tinggi menggunung harapan saya letak..
sy beranikan diri saya bagitau dia perkara sebenar..
tp jawapan dia bagi negatif sangat..dia dah...(msg xhabis..)

**********************************************************************

Wa'alaikumussalam...

Dia jawab ape..?
Maaf, saya dah ada orang yang saya minat.
Or,
Maaf, saya dah berpunya.

Akhi(Saudaraku)..
Nta kena ingat, tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan Allah. Seindah manapun sesuatu itu dalam pandangan manusia, tanpa redha Allah ia tetap tidak berguna, walaupun sedikit.

Perasaan ingin dicintai serta ingin menyintai itu fitrah. Tak salah jatuh cinta. Dalam Islam ada cara untuk menyalurkan fitrah itu, iaitu bernikah.

Percintaan sebelum nikah tiada cara yang menghalalkannya dalam Islam. Buatlah macam mana sekalipun, ia tetap akan menghampiri zina. Sedar atau tidak, sebenarnya nta dah melakukan zina hati yang serius semasa asyik-asyik mengingati si dia. Sampaikan tidak mampu menjawab paper! Beristighfarlah wahai akhi...besar dosa yang telah nta lakukan itu..

Seindah manapun wanita itu, dia tetap manusia, yang akan tua, yang akan berubah wajahnya, yang akan pergi, yang akan mati.
Jika nta menyintainya kerana wajahnya yang cantik, ia akan pudar.
Jika kerana sifatnya yang dilihat baik dan menarik, itu hanya luaran, Ketika bercinta setiap orang akan menampilkan sifat-sifatnya yang terbaik, agar dapat memenangi hati pasangannya. Semuanya akan berubah setelah bernikah. Itulah yang berlaku jika percintaan itu dilakukan bukan berasaskan mencari redha Allah, tetapi atas desakan nafsu shahwat semata, kerana ingin mengisi kekosongan jiwa kononnya.

Allahlah sebaik-baik tempat untuk mengadu dan bercinta. Carilah kebahagiaan dengan mengenalNya. Berusahalah mendalami ilmu agama agar kita semakin dekat kepadaNya. Sedarlah...

Hendakkan jodoh baik dan solehah? Mudah..jadilah lelaki yang soleh. Berusaha sehabis mungkin untuk menjadi insan terbaik di hadapan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia akan menjodohkan nta dengan wanita solehah yang sama-sama beriman, menjaga diri dan bertaqwa. FirmanNya:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).[Surah An-Nur(24) ayat 26]


Sifat lelaki yang baik, sudah tentu bukan mereka yang melanggar perintah Allah dan RasulNya. Ketika difirmankan:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.[Al-Isra'(17) ayat 32]


Dia amat-amat memahami bahawa dia perlu menjaga serta membatasi pergaulannya.

Dan apabila difirmankan :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".[An-Nur(24)ayat 30]


Dia akan amat memahami bahawa mata yang dipinjamkan oleh Allah ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk melihat wanita-wanita yang betul-betul halal baginya. Dia akan membatasi pandangannya dan menundukkan nafsu(keinginannya) daripada terus memikirkan tentang si dia.

Berusahalah untuk melupakannya.

Carilah Cinta Allah.

Cinta Teragung

Cinta Teratas

Wallahua'alam..

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^