Tazkirah : Bersaing Cara Sihat
"Abang, halaqoh kita ni berdaftar tak?"
"Berdaftar? Kenapa?"
"Saya dengar usrah yang kita buat ni tak berdaftar bawah universiti kita ni. Boleh ke kita buat usrah macam ni tanpa kebenaran universiti?"
"Ni idea pelik datang dari mana pula ni? Akhi, ana nak tanya, Rasulullah dulu berdakwah di Mekah, baginda dapat kebenaran daripada siapa?"
"Rasanya tiada siapa-siapa."
"Hah, habis tu kita ni tiba-tiba nak berdakwah kena ada kebenaran ni kenapa pula?"
"Ye la, kalau tak ada kebenaran nanti pihak universiti tanya macam mana?"
"Kita yang nak buat dakwah, benda baik ni, risau kalau pihak universiti tahu. Yang kawan-kawan kita berkumpul malam-malam tak tidur, tengok movie, main game, buang masa tu tak risau pula. Padahal apa yang mereka buat tu jelas-jelas benda lagho. Sia-sia."
"........"
"Akhi, dakwah ni Allah yang suruh. Islam ni perlu disampaikan walau apapun yang berlaku. Kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ini memang risiko yang kita tidak dapat nak elak apabila mengaku sebagai orang yang ingin beriman dan menyebarkan risalah dakwah. Allah berfirman :
Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.[Al-Anfal, 8:30]
Itu risiko yang diterima Nabi Muhammad dalam menyebarkan dakwah. Lumrah, kita juga sedang diuji sebenarnya."
"Maksud antum, kita duji macam mana? Dengan mengatakan kita ni tak layak nak berdakwah kerana tiada kebenaran?"
"Boleh kata macam tu lah. Akhi, jangan dirisaukan masalah dapat kebenaran atau tidak ni. Setahu ana, ada seorang je dalam dunia ni yang kita perlu kebenaran dia kalau nak buat kerja Islam ni."
"Aik? Siapa?"
"Mari tengok Surah Al-A'raaf, surah ke-7 ayat 123."
Firaun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu?, sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya dari padanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini)
"Siapa dia orang tu?"
"Firaun?"
"Ya. Hanya firaun dan orang-orang yang sama perangainya macam firaun sahajalah yang merasakan yang kalau orang lain nak beriman perlu dapat kebenaran dahulu. Perlu izin dan restu daripada mereka. Jadi, jangan risau. Ini memang cabaran yang dihadapi dalam berdakwah. Habis dikatanya kita ni macam-macam. Tapi, dakwah kena jalan juga macam mana sekalipun."
"Jadi, buat tak kisah sahajalah?"
"Ya, tapi janganlah sampai saja-saja cari pasal."
"Cari pasal? Macam mana pula tu?"
"Yalah, mentang-mentang dakwah tak perlu izin daripada siapa-siapa, kita jangan pula pergi jumpa dekan universiti, pergi bagitahu dia yang kita nak berdakwah. 'Encik, saya nak buat halaqoh ni. Jangan halang-halang saya ya. Saya tak perlu kebenaran encik untuk buat kerja dakwah. Kalau encik halang, encik samalah macam firaun.' Kalau macam tu memang saja cari nahas."
Suara gelak tawa mengiringi perbualan buat seketika.
"Sebab itulah masa nabi berdakwah, baginda mulakan secara rahsia. Antara tujannya adalah untuk mengumpulkan kekuatan. Seandainya nanti bila dakwah ditekan, akan ada mereka yang bangkit untuk mempertahankan."
"Betul tu. Ana dah faham sekarang. Jadi kita berdakwah sahajalah ye. Jangan risau apa orang nak kata."
"Tepat sekali. Berlapang dadalah andai orang lain tidak sependapat dengan kita. Mereka nak buat dakwah cara mereka, biarkan. Kita nak buat dakwah cara kita, mereka sepatutnya biarkan. Bila rasa orang buat kerja lebi baik daripada kita, bersainglah cara sihat. Bukannya pergi mengata orang yang bukan-bukan di belakang. Siap sebarkan orang lain tak berdaftar, tak ada kebenaran universiti segala macam ni buat apa. Jadi terhalang orang buat kerja dakwah. Ni perangai orang kafir. Tengok ayat ni :
Allah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir karena siksaan yang sangat pedih.(2)
(yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.(3)
[Ibrahim, 14:2-3]
"Betul tu bang. Jadi, kalau kita nampak orang lain buat kerja dakwah lagi hebat daripada kita, apa kita nak buat? Bersaing cara sihat tu macam mana?"
"Tengok Surah Al-Baqarah ayat ke-148."
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[Al-Baqarah, 2:148]
"Jadi kita berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan. Kalau kita tengok orang tu ajak 2 orang, kita kena ajak berapa orang?"
"3 orang."
"Salah! Kita kena ajak 20 orang. Kalau kita tengok orang lain baca quran 1 juz seminggu, kita pula kena baca?"
"Er..10 juz?"
"Ya! Baru betul. Buat lebih 10 kali ganda daripada mereka. Barulah kita bersaing cara sihat. Makin banyak ibadah kita, makin dekat kita dengan Allah, makin mudah kita dapat pertolongan Allah. Tapi tadi tu banyak sangat la. 1 juz sehari pun dah cukup baik. Tapi kalau antum nak baca lagi banyak, terpulang. Lagi bagus."
"Insya-Allah...doakan ana akan jadi Da'i yang bersaing secara sihat!"
"Amiin..."
" Bekerjasamalah kamu dalam hal-hal yang kamu sepakati. Berlapang dadalah kamu dalam hal-hal yang tidak kamu sepakati."
-Hassan Al-Banna-
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^