Perkongsian : Saya Nak Futur?
Kebelakangan ini semuanya serba tidak kena. Ada sahaja cabaran dan dugaan yang menimpa. Sehingga merasakan pertolongan Allah itu jauh. Sehingga saya rasa tiada lagi gunanya berjuang. Dakwah yang diperjuangkan ini bagai tiada masa hadapannya. Saya hendak putus harap. Lebih baik fokus pada apa yang ada di depan mata. Jadi hamba Allah yang baik, atau sertai gerakan-gerakan dakwah lain yang kelihatan lebih besar. Yang mana lebih menenangkan hati. Namun berharap tidak dapat meninggalkan terus dakwah yang telah menyelamatkan saya ini. Saya terus berfikir.
Tiba-tiba telefon bimbit Sony Ericsson K800i yang separuh nazak ini berbunyi.(Sistem Perisian JAVA tidak boleh dibuka, corrupted, tidak lagi dapat baca Al-Quran dengan HP. Menjadi salah satu penyebab saya agak down..[T_T] )
"Assalamu'alaikum Ya Akhi! Apasa down semacam je chat dengan antum ni? Penat menaip, call je la. Haha~"
(Sebenarnya saya sedang chatting dengan ikhwah seorang ni. Cepatnya dia dapat menangkap ke'murungan' saya. Mungkin itulah kuasa ukhuwah.)
"Wa'alaikumussalam Warahmatullah Wabarokatuh...ana memang tengah down pun sebenarnya."
"Hah, kenapa pula ni?"
"Banyak sebab. Ujian datang bertimpa-timpa. Mulanya rasa susah nak berdakwah dah sekarang ni. Main tarik tali dengan jemaah-jemaah lain. Mereka pun ramai target mad'u yang ana cuba tajmik. Lepastu, mad'u-mad'u yang ana cuba kumpul yang dah sikit ni pun semakin sikit."
"...."
"Kemudiannya, ikhwah-ikhwah lain yang ditugaskan untuk sama-sama bertugas selama ni tak banyak membantu. Yang datang pun sekejap-sekejap je. Ada yang tak dapat dihubungi langsung. Ana rasa ana buat kerja sorang-sorang je ni. Memang rasa jauh betul daripada pertolongan Allah."
"Ada lagi ke akh? Kesian antum."
"Itu je la kut."
"Ya Ikhwah Fillah, ini semuanya ujian daripada Allah. Ana faham antum mungkin dah fikir macam-macam dah sekarang ni, lagi-lagi bila bersendirian. Syaitan mesti dah bisik macam-macam kat telinga antum sekarang ni.
(Memang betul! Aku dah tak mahu berjuang lagi!)
"Tapi akhi, ingatlah ini ujian daripada Allah. Kita memang lemah sekarang ni. Pertolongan Allah memang masih belum datang, tetapi itu tak bermakna pertolonganNya tidak akan kunjung tiba. Mungkin ada kesilapan dalam urusan perjuangan kita yang menjadi hijab daripada pertolongan Allah. Ana nak test antum sikit ye, antum masih ikhlas ke tak ni dalam berdakwah?"
(Ikhlas...Ya-Allah...apa niat aku selama ni.)
"...."
"Sebab ana tengok, antum down sebab tak dapat kumpul orang, tak dapat bantuan ikhwah lain dan antum rasa keseorangan. Kita tak perlu bilangan yang ramai akh. Siapa yang datang, biarpun 3 orang, bersyukurlah. Yang lepas, lepas. Kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan bilangan mad'u. Itu bukan ukuran kejayaan yang hakiki. Yang paling penting kebersihan niat dan kesungguhan usaha. Yakinlah, Allah bersama dengan orang-orang yang ikhlas lagi sabar."
Terasa bagaikan ada hawa dingin yang mengalir dari ubun-ubun menjalar ke pangkal hati. Mata mulai merembeskan cecair khasnya.
"Antum banyakkan beristighfar akh, banyakkan baca Al-Quran. Setiap manusia pasti ada masa lelahnya. Pasti ada saat lemahnya. Tapi jangan pernah terbawa-bawa oleh perasaan. Kuatkan diri dengan segala apa yang kita ada. Jangan risau, ana ada. Petang nanti kita jumpa kita bincang sama-sama strategi dakwah."
"Insya-Allah. Jazakallah khair akhi."
"Wa iyya kum. Kuatkan mujahadah. Allah pasti bersama kita. Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh."
"Insya-Allah. Wa'alaikumussalam Warahmatullah Wabarokatuh."
Dan mata terus mengalirkan airnya. Meluncur laju.
Ya, itulah jawapannya. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Serta mengharapkan bantuan daripada Allah semata-mata.
"Allah pasti bersama kita..."
Insya-Allah! Saya akan terus bersihkan niat. Jazakumullah Khairan Kastiro Ya Akhi...Uhibbukumfillah!
Sungguh, aku akan terus mencintaimu, mencintai dakwah, mencintai Allah serta Rasulnya selagi hayat dikandung badan.
Saya nak futur?
Tidak!

0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^