Semasa : Apa Nak Jadi Orang Sekarang...

Begitulah tajuk kecil di muka depan akhbar myMetro. Sila klik link di atas untuk berita penuh.

Saya yang sedang berehat di kantin Nihon Canpack (M) Sdn. Bhd. sambil meneguk segelas air oren kaget. Hampir-hampir tersembur isi mulut. Mengenangkan teman sekerja yang berada di hadapan, diurungkan niat itu. Lalu kami berbicara seputar tajuk itu. Hasilnya hanyalah gelak tawa menceritakan kebodohan manusia zaman ini.

Sudahlah berzina, berlari bogel. Dengan tidak merasa malu, hanya melaporkan kepada polis, menceritakan segala-galanya. Lalu akhbar yang juga bagi saya kurang etika menyiarkan berita seperti ini dengan begitu 'telus' sekali, tanpa basa basi.

Dan wanita 18 tahun itu pasti akan dibiarkan terus menjalani kehidupan seperti biasa. Dan besar sekali kemungkinan yang dia akan meneruskan perbuatan terkutuk itu. Dan pastinya akan menambahkan jumlah bayi yang akan dibuang merata-rata. Tajuk utama akhbar yang sama juga memaparkan 2 orang bayi yang dibuang bogel, seorang di atas tong sampah dan seorang lagi di atas tanah, cuma dilapik sehelai daun pisang.

Umatku...
Apa yang akan terjadi kepadamu..
Sedang para da'inya sibuk bergaduh 'merekrut' ahli, melarang orang lain mengikuti selain daripadanya.
Lalu umat terus tersiksa.
Umat terus merana.
Umat terus hancur luluh.

Penat..sungguh saya penat. Saya akan pastikan berlakunya perubahan. Dan saya mengajak kamu semua yang membaca berfikir dan bersama melakukannya. Mulakan dengan diri kita. Letakkan diri kita dalam suasana tarbiyah, dan ajak orang lain bersama.

Buat teman daripada jemaah lain, pastikan anda bersaing dengan cara yang sihat. Cukuplah bergaduh. Cukuplah menghalang-halangi orang lain. Mari kita bersama membaiki umat. Biarlah mad'u kita lari ikut orang lain. Itu tandanya peluang orang lain untuk kita dekati. Mad'u kita tetap akan jadi orang baik, inysa-Allah. mari, kembali seru orang kepada Allah. Insya-Allah perubahan akan berlaku.

Sedarlah, kita boleh merubahnya. Mari baca artikel lama saya, yang saya rasa amat berkaitan dengan isu ini.
Sedarlah Remaja Islam.

Semoga kita menjadi generasi rabbani abad ke 20.
Salam Perjuangan buat semua.

~End Of Post~


0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^