Novel : Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 3)
Setelah hampir lebih setahun saya menangguhkannya. (sengaja atau tidak? Jangan ditanya. Baca sahajalah!)
Cerita kali ini berkitar di masalah fiqh.
Jemput baca.
"Bang, kami nak solat kat mana ye? Tak nampak pun surau kat sini." Tanya Ibrahim.
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Zuhur empat rakaat di Madinah dan bersembahyang Asar di Dzil Hulaifah dua rakaat.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab Shahih Muslim. Jarak perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah itu cuma 7 mil. 7 mil itu dengan antara 12 hingga 13 kilometer sahaja. Hadis ini juga adalah sebagai bukti bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengqasarkan sembahyang walaupun jarak perjalanan tersebut adalah kurang dari dua marhalah (83 kilometer).
Menurut Syaikh Al-Syinqithi rahimahullah, pendapat yang paling kuat adalah semua jenis perjalanan yang dikategorikan sebagai safar sekalipun jaraknya tidak jauh maka diperbolehkan pelakunya untuk mengqasarkan solat, kerana menurut beliau dalam nas hanya disebutkan safar secara mutlak, tanpa dibatasi dengan ukuran jarak mahupun hari. Nas yang dimaksudkan beliau adalah dalam Surah An-Nisa', ayat ke-101:
Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu men-qashar sembahyang(mu)..[Q.S. An-Nisa, 4:101]
Contohnya, sekiranya seseorang itu rumahnya di Seri Iskandar, Perak dan setiap hari dia berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana tempat kerjanya di sana, maka dia tidak dianggap sebagai musafir meskipun perjalanannya melebihi dua marhalah kerana ianya termasuk perjalanan yang berada dalam lingkungan kebiasaannya. Namun begitu bagi seseorang yang rumah dan pejabatnya di Tronoh, tetapi dia melakukan perjalanan ke Ipoh kerana menziarah keluarganya maka dia tetap dianggap sebagai musafir walaupun jarak perjalan tersebut kurang dari dua marhalah. Ini adalah kerana perjalanan tersebut di luar perjalanan yang menjadi adat kebiasaannya.
Pendapat beliau boleh dibaca daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat yang dikarang oleh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan."
"Owh, macam tu ke. Mudah rupanya. Tapi kenapa baru sekarang aku dengar pasal ni ye? Selama ni tak pernah dengar pun."
"Sebab tu kita kena banyak membaca dan berguru! Sebenarnya Islam ni mudah dan indah. Tinggal kita yang perlu menyedarinya. Tetapi, kita perlu ingat. Masalah fiqh ini masih ramai yang berbeza pedapat. Kalau kita telah mengetahui hujah dan dalil untuk sesuatu masalah fiqh, maka kita boleh beramal dengan apa yang kita tahu. Tetapi kita tidak boleh memaksa apatahlagi menyalahkan orang lain yang tidak sama pendapat dengan kita. Malah jika kita telah menerangkan dengan jelas, tetapi orang lain masih nak beramal dengan cara mereka, biarkan. Yang penting mereka solat. Nak jalan berapa kilometer baru nak solat jamak qasar itu tiada masalah. Yang jadi masalahnya ialah orang yang buat Jamak Takyah!"
"Jamak Takyah? Apa benda pula tu Im?"
"Macam namanyalah. Jalan sampai berpuluh-puluh malah beratus-ratus kilometer, tapi tak solat-solat! Tu la dia Jamak Takyah!"
Mereka yang lain tergelak kecil. Ibrahim menerangkan dengan sempurna apa yang diketahuinua mengenai solat jamak qasar.. Bibirnya melirik senyum. Bersyukur kerana Allah mengizinkannya untuk berkongsi sedikit ilmu dengan teman-temannya. Berharap dengan sedikit perkongsian itu akan membuka minda teman-temannya untuk lebih mendalami Islam.
Majlis ditutup. Suis kipas dimatikan. Jendela dirapatkan. Surau ditinggalkan. Semua berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh pembimbing watch masing-masing. Semua peserta kelihatan melayan perasaan masing-masing. Namun sepasang mata tertuju ke arah Ibrahim. Pandangan yang sukar ditafsirkan.
p/s: Sila baca Part 1 dan Part 2 untuk memahami jalan cerita.
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^