Perkongsian : Saya Manusia, Bukan Kucing! (1)

Saya ingin menggunakan komputer makmal untuk mengakses internet. Screen saver menayangkan banner bergerak yang bertulis : "Quality Assurance Dept." Untuk menggunakannya perlukan password. Saya sudah mendapat password daripada pelajar praktikal yang baru sahaja habis praktikal semalam. Lalu blog dibuka, email disemak, menyelesaikan pelangganan untuk Majalah Sinergi yang akan dibawa ke SBPI Gopeng hujung minggu ini.

"Umair, tolong sediakan sample tasting kat tasting room tu."

Segera dimatikan internet browser dan saya menyelesaikan tugas harian pagi itu. Membuka setiap tin minuman contoh yang diambil daripada setiap batch production dan dituang ke dalam bikar untuk diuji oleh sekurang-kurangnya 6 penguji. Jika airnya sama seperti reference sample, maka contoh itu lulus. Saya menjadi penguji pertama. Inilah masanya untuk merasa air boikot, nak beli tak boleh. Sample pada pagi itu adalah Nescafe Latte dan Milo Hi Cal.

Setelah selesai merasa, saya kembali ke komputer bagi menyelasaikan pengisian borang langganan. Saya lalu kembali membuka Gmail untuk memuat turun borang lepas. Namun internet tidak dapat dibuka. Berkali-kali saya akses namun tidak berjaya. Saya membuka network connection bagi memastikan apakah ada masalah dengan internet connection pada komputer itu. Kelihatan Local Area Connection berada dalam mode disable.

'Aik? Tadi ok je? Komputer ni memang macam ni ke?'


Lalu saya menukar mode kepada enable. Lalu tertera 'network cable is unplugged'. Saya pun bergerak ke belakang CPU .Cable LAN masih tersangkut di soket, cuma terkeluar sedikit.

'Ada orang terlanggar kut.' Sangkaan saya.

Tanpa berfikir panjang saya pun mengetatkan kembali sambungan cable LAN dan meneruskan urusan yang tertunda tadi. Borang dimuat turun dan diisi.

"Eh Mat, kau buat apa ni?" Tiba-tiba Jamil (bukan nama sebenar), rakan sekerja menegur.

"Isi borang langganan majalah. Majalah baru, Sinergi."

"Sinergi?" Tanyanya sambil berlalu pergi. Hanya basa-basi.

'Kenapa mamat ni? Nak tanya lepastu blah plak. Nak tanya ke tidak?' Saya yang baru sahaja bersemangat untuk mempromosi majalah baru itu hanya memandangnya sekilas.

Lalu saya terus menyelesaikan pengisian borang langganan.

"Umair, kamu tolong buat pH testing ya. Semua sample dah siap ditaste." Kak Halimah (juga bukan nama sebenar) melaung.

'Aisey, baru nak update blog. Tak pe lah, sambung lepas ni.'

Semua sample yang telah dipastikan rasanya menepati rasa minuman contoh bulan lepas perlu diperiksa nilai pHnya. Nilai pH perlu berada dalam lingkungan 6.30-6.60. Tidak boleh lebih atau kurang. Lebih kurang 20 sample perlu diperiksa. Saya memeriksanya satu persatu dengan sabar. Lalu mencatatkannya dalam borang penyelidikan.

'Cepat, cepat, siap ni nak update blog. Idea nak sambung cerpen mencurah-curah ni.' Saya mengukir senyum sendiri.

Lalu semua sample habis diperiksa. Setelah semua bikar dibasuh dan dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dikeringkan, saya segera menghampiri komputer makmal. Semangat untuk mengupdate blog semakin meluap-luap. Namun, susuatu yang pelik terjadi. Kata laluan tidak dapat diakses. Saya menjadi semakin pelik.

'Ini bukan kebetulan lagi dah ni.' Fikir saya.

Bersambung...


~End Of Post~


0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^