Dakwah : Kitakah Generasi Rabbani?
Satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir, iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam. Apa generasi Rabbani ini? Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. [QS Al-Imran, 3:79]
Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi’ tabiin, yang kini sudah semakin hilang.
Penyakit yang menular dalam tubuh umat akhir zaman
Mengapa generasi ini hilang? Ini semua angkara kafir laknatullah. Mereka telah menjauhkan umat Islam sekarang dari ajaran Islam yang benar dengan menanamkan penyakit yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang akan menjangkiti umat akhir zaman, iaitu cintakan dunia dan membenci kematian. Mereka telah menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Televisyen, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah:
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka). [QS Fussilat, 41:26]
Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi, dihormati dan digeruni.. Tetapi sekarang? umat Islam disembelih sesuka hati! Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup berjuang bermati-matian demi agama, untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah, terbalik dengan Umat Islam sekarang.
Umat Islam sekarang mencintai dunia di atas segala-galanya. Hidup mereka hanya untuk dunia. Benci untuk mati kerana tidak mahu kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan Islam yang sebenar. Mereka takut, jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta, pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur pemerintah kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!
Sedarlah umat Islam!
Agama kita sekarang diperlekeh orang. Mereka menghina nabi. Membunuh rakyat Palestin, Iraq dan banyak lagi umat Islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam. Pernahkah anda mendengar kisah-kisahnya?
Di Palestin, peristiwa Sabra & Shatila misalnya. Pada 16 September 1982, Israel dengan rakusnya membunuh beribu-ribu mangsa di kem yang menempatkan kira-kira 6000 orang pelarian Palestin. Peristiwa pembantaian ini adalah antara peristiwa paling kejam yang pernah terakam dalam sejarah dunia. Dalam peristiwa itu, seorang wanita dan bayinya telah disembelih hidup-hidup. Sesiapa sahaja yang terlihat di jalanan turut disembelih. Seorang pemberita Britain Robert Fisk, yang membuat liputan mengenai peristiwa itu berkata:
"Saya menelusuri jalan yang amat mengerikan buat pertama kali dalam hidup saya di kem Sabra Shatila ketika militan masih melakukan pembunuhan dan merogol. Mayat bertaburan dihurungi lalat, mayat wanita sudah bengkak, jasad bayi bergelimpangan dengan kesan peluru di kepala."
Kekejaman terhadap umat Islam sekian lama - sedarkah kita?
Di Ambon, kisah pembunuhan beramai-ramai umat Islam Indonesia oleh puak pelampau Kristian. Satu kekejaman yang tidak dapat dilupakan, seorang ibu yang sedang sarat mengandung ditahan dan diikat di tiang. Perutnya dibelah dengan pisau sedangkan dia dalam keadaan sedar. Anaknya dikeluar dan dicincang di depan matanya sendiri. Si ibu menjerit-jerit meminta tolong, namun tidak diendahkan. Tidak cukup dengan itu, diambil seekor kucing liar lalu dimasukkan ke dalam perut yang dibelah tadi, lalu bukaan itu dijahit semula. Ibu malang itu dibiarkan di tiang itu lalu dia meningal di situ. Bayangkan betapa tersiksanya ibu itu.
Tragedi Ambon
Di Penjara Abu Gharib. Tahanan-tahanan di sini rata-ratanya adalah umat Islam yang dikaitkan dengan peristiwa 11 September dan terlibat dengan Taliban. Mereka disiksa dengan begitu teruk sekali. Diceritakan oleh tahanan-tahanan yang sudah dilepaskan, kafir-kafir Amerika memperlakukan mereka seperti binatang. Mereka dibelasah sesuka hati. Al-Quran dihina di hadapan mata mereka sendiri. Mereka mengoyakkan Al-Quran lalu diguna untuk mengelap kasut, dicampak ke lubang tandas dan bermacam-macam lagi. Seorang tahanan yang baru selesai melakukan pembedahan di perut, dipijak perutnya beramai-ramai oleh tentera-tentera Amerika, sehinga luka jahitan itu terkoyak semula. Seorang tahanan lain, sengaja dibiarkan kelaparan, lalu apabila meminta makanan, dimasukkan tiub ke hidungnya, dan disalurkan cecair najis. Tiub itu ditolak-tolak sehingga terasa di perutnya. Tahanan itu mengalami kesakitan yang luar biasa sehingga muntah darah.
Penyiksaan terhadap tahanan Muslim di Penjara Abu Gharib
Itu baru sedikit yang diceritakan. Masih banyak kisah yang lebih kejam dan masih terus berlaku. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama Islam tercinta ini.
Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika Muslim di Palestin dan Iraq menentang dan mati, insya-Allah mereka akan beroleh syahid dan menggapai syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku, apakah umat Islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah!
Sekarang, kalau kita keluar ke masyarakat.. kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan, tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.
Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki dan perempuan yang berkepit-kepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih daripada itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Pengalaman seorang rakan saya mendengar kawan di kelas tuisyennya berbual; Rakan saya ini telah mendengar mereka berbual mengenai kehebatan mereka yang telah berzina dengan ramai gadis-gadis sebaya mereka. Mereka ini sudahlah tidak berasa malu malah boleh berbangga dengan apa yang mereka lakukan itu! Malah, jika ada anak luar nikah dilahirkan, mereka ada yang membuangnya dalam mangkuk tandas, tong sampah dan ada yang menggugurkannya.
Jauhilah bibit-bibit permulaan zina
Ada juga yang tidak ‘melupuskan’ bukti maksiat mereka, lalu mendaftarkan kelahiran anak luar nikah itu. Natijahnya, pada tahun 2008, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan catatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak tahun 2000 sehingga Julai 2008. Sebanyak 257,411 orang bayi didaftarkan tanpa nama bapa! Mari kita buat kira-kira menarik. 257,411 orang bayi dalam masa 8 tahun. Bahagikan angka tersebut dengan 8 tahun. Dalam setahun terdapat 32,176 orang bayi didaftarkan. Bahagikan pula dengan 365 hari setahun, terdapat 88 orang bayi didaftarkan. Dan jika kita bahagikan dengan 24 jam sehari, hampir 4 orang bayi yang didaftarkan dalam sejam! Dan 4 orang bayi ini bermakna ada sekurang-kurangnya 4 pasangan yang berzina ataupun 8 orang yang sedang berzina dalam sejam. Dan ini adalah yang didaftarkan. Bagaimana dengan yang tidak didaftarkan? Sudah pasti jauh lebih banyak lagi. Apa hendak jadi dengan umat Islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?
Bayi tanpa nama bapa
Seorang senior menceritakan. Dia menjual burger sebagai duit poket tambahan. Menjaja dari bilik ke bilik. Satu malam, dia ketuk-ketuk satu bilik ni, tak buka-buka. Dia pun pulas tombol dan membuka pintu sendiri. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dua orang siswa di dalam bilik itu sedang melakukan perbuatan terkutuk kaum sadom di atas katil (homoseks). Senior ini kemudian kembali menutup pintu, dan terkaku di situ. Tidak tahu perlu berbuat apa. Teruk?
Ada banyak lagi cerita. Sampai tak larat saya hendak ceritakan. Ada remaja yang ditangkap berzina dalam surau (pelajar sekolah agama). Ada perempuan 14 tahun paksa boyfriendnya yang baru 12 tahun buat hubungan seks dengannya. Ada pelajar sekolah agama yang ditangkap berzina, dan apabila disoal siasat, sebenarnya mereka sudah 6 kali berzina sejak awal tingkatan 5.
Kawan saya, ketika baru habis SPM pada tahun 2006, bekerja di sebuah pusat tuisyen. Pelajarnya adalah budak-budak sekolah rendah. Dia nampak budak-budak ini, telefon bimbitnya canggih-canggih, N-Gage, sabun, daun dan yang lain-lain model yang mahal tu. Dia pula cuma 3310 sahaja. Bukan itu yang hendak saya ceritakan. Ceritanya, pada suatu hari semasa habis tuisyen, budak kecil itu datang kepadanya dan berkata, “Sir, awek Sir ada yang seksi macam ni tak?” sambil menunjukkan gambar-gambar lucah yang ada dalam telefon bimbitnya. Kawan saya ini terkejut beruklah. Tergamam dia di situ. Ini budak-budak sekolah rendah! Dan ada pula kisah seorang remaja mengaku merogol neneknya sendiri, dan ini adalah kisah yang paling saya tidak dapat terima!
Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-10 tahun lagi. Ketika mereka ini telah menginjak dewasa. Apa yang ada dalam bayangan kita? Ya, kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek akal sihat kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat-masyarakat yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata, kalau ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?
Remaja kita
Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu! Tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Mereka menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Lalu Allah sendiri yang MEMBIARKAN MEREKA SESAT. Allah berfirman dalam surah Al-Jasiah, surah ke 45 ayat ke 23:
”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
[QS Al-Jasiyah, 45:23]
Sedarlah saudara-saudara seislamku. Umat kita kini semakin teruk, Sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Inilah tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raaf:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
[QS Al-A’Raf, 7:164]
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman:
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
[QS Az-Zaariyat, 51:55]
Jadi,tugas kitalah untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya menahirkan kembali Generasi Rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata, ”Tegakkanlah daulah Islam dalam dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya, kalau kita mahu kembalikan kegemilangan Islam, pertamanya, tegakkan Islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak Islam di dadanya, sudah terbinalah negara Islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan-kawan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kita.
Bagaimana?
Macam-macam yang boleh dilakukan. Minimum, kita boleh menceritakan apa yang kita faham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Semoga dengan itu, mereka tersedar dan ingin mengubah diri.
Keluarlah dari kepompong kejahiliahan!
Maaf, sekarang anda semua mungkin membaca kisah keruntuhan akhlak dan moral orang lain. Mungkin kisah anak orang lain. Mungkin kisah kakak atau adik orang lain. Mungkin kisah saudara orang lain. Tetapi kalau hal ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan mendengar kisah adik anda sendiri terlibat dengan hal-hal yang disebutkan tadi. Maaf, saya bukan mendoakan, tetapi ini adalah kenyataan jika sampai saat ini kita tidak sama-sama bangkit dan mengubah keadaan ini.
Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu hendak susah-susah berfikir tentang orang lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk berfikir dan membantu menyelesaikan masalah umat ini, kitalah yang rugi. Firman Allah :
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).
[Q.S. Muhammad, 47:38]
Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut seperti kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[Q.S. Al-Maidah, 5:54]
Jadi, sedarlah wahai umat Islam! Sedarlah Remaja Islam! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan kegemilangan Islam, siapa lagi?
Mulakan dengan diri kita. Ya, diri kita. Mulakan sekarang juga! Ya, Sekarang! Kalau bukan sekarang, bila lagi? Perbaiki diri kita, dekatkan diri pada Allah. Bertaubatlah dan hentikan maksiat yang masih kita lakukan. Perbanyakkan amal-amal soleh kita. Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan Islam, membawa perubahan di tengah-tengah kejahiliahan umat. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita?
BANGKITLAH GENERASI RABBANI!!!
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^