Murobbi Itu..


Hari itu, kabus pagi mulai menyibak kaki bukit. Hijau di padang sedikit sebanyak menyegarkan mata yang letih dengan buku-buku di depan mata. Tasbih dan tahmid terdengar jelas di balik kicau burung dan gemeretak ranting-ranting pohon.

Hari yang indah itu belumlah lama, lima tahun dahulu. Pada hari itu, seorang murobbi datang ke bilik, berziarah dan memberi taklim. Tema yang dibahas cukup sederhana, iaitu tentang cinta kepada Rasulullah. Logiknya difahami. Dalil yang dibawanya juga tidak asing didengari. Namun, taklimnya istimewa. Dari awal hingga akhir, mata anak-anak muda yang hadir berlinangan air mata mendengar taujih yang menyentuh hati mereka.


Kisah di atas adalah kisah mereka. Kisah tersebut dan kisah-kisah yang lain, apa pun jalan ceritanya, ia memberikan pelajaran penting bagi kita yang aktif berdakwah dan melakukan pembinaan a’dho dakwah di tengah masyarakat.

Keikhlasan seorang daie, itulah faktornya. Komitmennya menyeluruh pada dakwah. Kedalaman interaksinya terhadap masalah dakwah merupakan faktor terpenting yang akan menjadikan ucapan dan perkataannya memiliki kekuatan berpengaruh di dalam hati mad’unya. Oleh kerana itu, ikhlas serta sifat-sifat dasar lainnya harus dijadikan sebagai fokus dalam aktiviti pembinaan di berbagai fasa dan tingkatan.

Jelas di sini, sebuah dakwah memerlukan kehadiran murobbi-murobbi yang handal dan matang di berbagai fasa dan tahapan perjuangan dakwahnya. Dakwah memerlukan murobbi-murobbi yang tekun membina sehingga mampu menyampaikan pemahaman dan pengalaman, mampu mewariskan rasa tanggungjawab dan amanah dari generasi ke generasi. Subhanaallah, dakwah seperti ini akan kekal sebagai sebuah pewarisan yang terus menerus, penuh berkah, dan penuh ketenangan.

Selamat Hari Murobbi!

p/s: 

Doaku buat Zauj el Mahbub yang sedang bermukhayyam bersama ikhwah,
"Selamat bermukhayyam, saya doakan awak terus melangkah, terus optimis, terus menerus menjaga Allah, kerana dengan itu, Allah akan menjaga saya di sini."

Doaku buat akhwat dan anak halaqah tercinta, 
"Semoga terus optimis, positif, berjiwa dan berfikiran besar."

Doaku buat mereka yang mendoakan dari kejauhan, abi dan ummi, serta abah dan mama. 
"Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kalian."

Mrs Umair
1202am
Baiti Jannati
Tronoh



~End Of Post~

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^