Perkongsian : Sejenak Bersama Mereka

Suatu pagi yang cerah. Mesej yang masuk saya teliti baik-baik. Berat juga hati saya dengan keadaan itu. Mesej-mesej yang menghilangkan senyum seorang murobbi.

Ana banyak dosa..
Ana penghalang keberkahan dakwah ..
Ana malu pada yang lain..
Maafkan ana akh..
Ana tak mampu memikul amanah ini..
Ana tak layak...

Sender: 019-xxxxxxx

Ana rasa keseorangan..Akh, nasihatkan ana..
Sender: xxxxx@gmail.com

Inilah gejala yang sangat selalu terjadi pada murobbi yang membawa halaqah, iaitu putus asa anak halaqah dalam kehidupannya. Merasa tidak mampu, tidak layak, kerdil, inferiority complex, dan rasa tiada keyakinan dalam diri. Jika diteliti masalah ini, ia berpunca seputar masalah iman. Tiada kebersamaan dengan Allah ketika berhadapan dengan masalah akan membuatkan manusia lelah melangkah dan jiwanya terasa sempit sekalipun melata di atas bumi Allah yang sangat luas.

Akh,bersabarlah. Syaikh Muhammad bin sholeh Al-‘utsaimin mengatakan ada tiga keadaan di mana kita harus bersabar. Bersabar dalam ketaatan, menjauhi maksiat, dan bersabar menghadapi ujian. Inilah ujian kegersangan iman yang memerlukan kesabaran. Bahkan,untuk tetap taat dan tetap menjauhi kemaksiatan ketika kegersangan iman juga bukan sesuatu yang mudah. Ia sangat memerlukan azam dan tekad yang kuat, dan penyokong yang sedia menopang dan sedia menasihati dengan sabar.

Bersamalah orang beriman. Ketika bersama mereka, banyak hal yang dapat dimanfaatkan, kerana hakikatnya, mereka orang beriman. Sebuah solusi yang mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

1. Hakikat bersendirian
Daripada Mu'az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda:
‘Sesungguhnya syaitan adalah laksana serigala bagi domba-domba. Dia akan menerkam domba yang keluar dari kawankawannya. Maka jagalah persatuan kamu dalam jemaah
umum dan masjid.’

Inilah hakikat yang perlu kita fahami. Ketika bisikan itu datang, bangunlah dan bersegeralah berjumpa ikhwah. Syaitan akan membisikkan segala kejahatan ketika bersendirian dan itulah peluang baginya untuk mengalahkan anak Adam.

2. Meminta nasihat orang beriman
Jangan pernah malu untuk meminta nasihat, baik daripada murobbi atau ikhwah sehalaqah. Hati kita memerlukan taujih yang mampu menyegarkan semula hati yang kesat.Kerana sesungguhnya, nasihat dengan kesabaran itulah yang disarankan oleh Allah seperti dalam Al-Quran;

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran
[Al-Asr,103:3]

3. Tadabbur ayat-ayat Allah bersama mereka
Ketika kita melazimi tilawah, apakah kita telah lupa untuk sejenak beriman dengan apa yang kita baca? Bertilawahlah sebanyaknya kerana itulah yang diperlukan untuk melembutkan hati sekeras batu. Serta, berhentilah sejenak pada ayat-ayat taujih yang menyerukan kita untuk bertaubat dan bertaqwa. Berharaplah ketika dikhabarkan nikmat syurga dan menangislah kerana sungguh tidak layak untuk kita mendapatkan syurga itu. Tidak kurang juga, perhatikanlah ayat-ayat peringatan tentang azab neraka dan gementarlah wahai jiwa!Bertadarruslah bersama ikhwah dan hayatilah!

Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci? 
[Muhammad, 47:24]

4. Lihatlah wajah mereka
Sungguh, melihat wajah orang beriman akan melunakkan hati kita. Kerana seorang yang beriman, apabila dilihat wajah mereka, akan membuat orang yang melihat turut merasa beriman. Perbuatan mereka tidak kurang akan membuatkan orang lain turut beriman. Bertilawah, bertahajjud, berdoa dengan sebenar-benar pengharapan, akan menimbulkan rasa tenang di hati kita yang gusar.

Sekadar perkongsian buat diri dan semoga bermanfaat buat semua.



-Mrs Umair-

~End Of Post~

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^