Dakwah Keluarga Susah?

Menegur dan menasihati serta mendakwahi orang lain itu sememangnya tanggungjawab kita. Namun bukanlah tanggungjawab kita untuk menjadikan mereka berubah dan mendapatkan hidayah. Firman Allah :

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.
[Al-Baqarah, 2:272]

Nabi sendiri tidak mampu mengubah dan mengislamkan bapa saudaranya yang tercinta, apalagi kita. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya keluarga kita masih Islam, masih mengaku Allah sebagai tuhan, Nabi Muhammad sebagai nabi. Insya-Allah, mereka akan menginjak syurga juga akhirnya.

Namun perlu diingat, kita perlu terus-menerus mendakwahi mereka, kerana itu sememangnya tanggungjawab kita yang tidak akan pernah berhenti. Firman Allah :

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
[Al-A'raf, 7:164]

Lihat di hujung ayat itu, "supaya mereka bertakwa". Maksudnya tujuan dakwah kita perlulah agar mereka bertaqwa. Jadi, kita perlu berusaha dengan cara yang terbaik. Pelajarilah fiqh dakwah, bacalah buku-buku dakwah, cara-cara mendakwahi keluarga dan mintalah pendapat murobbi@murobbiyah dan naqib@naqibah. Insya-Allah akan berjumpa caranya. Yang penting, kita perlu terus menerus menasihati, namun menjadikan mereka beriman itu tugas Allah.

Beberapa tips:

1. Sentiasalah menunukkan akhlaq yang baik kepada mereka. Dekati mereka dengan baik. Jadi teman yang rapat buat mereka. Tunjukkan kita mengambil bereat terhadap mereka. Lama-kelamaan pasti mereka akan mendengar nasihat kita.

2. Jangan sekali-kali berleter kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka menyampah dan lari daripada kita.

3. Banyakkan bersabar. Amalkan sikap ini; bersama dengan mereka apabila mereka tidak melakukan larangan Allah, tinggalkan mereka @ tidak bersama mereka apabila mereka mula melakukan larangan Allah. Firman Allah :

Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika setan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang lalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).
[Al-An'am, 6.68]

4. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah agar mereka diberi kefahaman tentang agama. Tanda Allah ingin memberikan kebaikan kepada seseorang hambaNya adalah Dia akan memberikannya kefahaman tentang agama.

5. Akhir sekali, bertawakkal kepada Allah, sambil terus berusaha.

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang gaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.
[Huud, 11:123]

Wallahua'lam...

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^