Muhasabah : Keimanan Kita

Menelusuri buku Arba'in Ruhiyah yang ditulis oleh Fakhruddin Nursyam, Lc. membawa saya kepada sebuah muhasabah keimanan. Di bawah bab pertama, dengan tajuk kecil Adab-Adab Beramal yang Berorientasikan Akhirat.

Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata, sebahagian ulama' salaf berkata : 
"Barangsiapa beribadah kepada Allah semata-mata kerana mengharap syurga-Nya, maka dia adalah seorang Murji'. Barangsiapa yang beribadah smeata-mata kerana takut akan neraka-Nya, maka dia dalah seorang Hauri. Barangsiapa yang beibadah kerana mencintai Allah, maka dia adalah seorang yang Zindiq. Barangsiapa yang beribadah kerana takut, harap dan cinta, maka dia adalah seorang Mukmin. Hal itu kerana seorang Mukmin wajib beribadah kepada Allah dengan didasari ketiga-tiga aspek ini : mahabbah, khauf, dan raja'. Semua harus direalisasikannya. Barangsiapa yang mengabaikan salah satu daripada ketiga-tiga aspek ini, bererti dia telah mengabaikan sebahagian kewajiban iman."

Kebanyakan orang gemar membahas penyataan di atas sebagai sebuah sudut ilmu, bahawa seorang hamba itu beribadah dengan tiga aspek, yakni dengan dorongan cinta, takut dan harap. Mereka membahas yang ulama' salaf menyatakan bahawa bahagian cinta itu perlu melebihi yang lain dan bahagian takut dan harap itu perlu seimbang. Peratusannya adalah Cinta sebanyak 40% manakala takut dan harap masing-masing adalah 30%.

Tetapi di sini saya ingin mengungkapkannya dari sudut yang lain. Sebenarnya sudah berapakah amal yang kita lakukan berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut?



Berapa kalikah kita melakukan sebuah amal atas rasa cinta kepada Allah?
Berapa kalikah kika meninggalkan sebuah kemaksiatan atas rasa takut akan siksa neraka Allah?
Berapa kalikah kita mengerjakan ibadah demi mendapatkan syurganya yang mahal itu?

Mungkin selama ini kita hampir tidak memikirkan mengapa kita melakukan setiap amalan harian kita. Solat, bacaan Al-Quran, Ma'thurat, Dhuha, Qiamullail, Istighfar dan amalan-amalan lain kemungkinan dilakukan atas dasar kebiasaan semata-mata. Sehingga kita tidak memikirkan tujuan kita melakukannya.

Marilah di sini kita kembali muhasabah. Manfaatkan setiap saat hidup kita. Sehingga setiap sedutan nafas menjadi sesuatu untuk disyukuri, setiap degupan jantung akan dimanfaatkan, setiap keridipan kelopak mata menjadi zikir, setiap kata-kata yang keluar menjadi tazkirah dan setiap amal menjadi ibadah.

Mari, tingkatkan rasa cinta, takut dan harap kepada Allah. Semoga Allah menerima amal-amal kita. Janganlah sehingga kita menjadi seperti mesin yang beroperasi tanpa mengetahui tujuan dirinya bekerja. Pastikan kita berada dalam keadaan sedar di setiap saat dan ketika.
Sedarlah, setiap saat kita mampu mengubah sekecil-kecil perkara menjadi ibadah!


Web Counter

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^