Muhasabah : Syukurilah NikmatNya
"Umair, aku tak kisahlah kau selalu bagi tazkirah semua ni. Kau kata tengok perempuan bukan mahram tu zina hati. Tu kau sekarang. Nanti kau keluar sekolah, masuk universiti, kau tak macam ni lagi. Aku yakin. Nanti kalau aku nampak kau 'couple' balik, aku gelak je."
Berderau darah saya mendengarnya. Peristiwa lebih 3 tahun lepas disingkap.
"Apa maksud kau?"
"Ye la. Sekarang ni dalam sekolah, kau tak nampak dunia lagi. Kita ni macam katak bawah tempurung. Kau bayangkan katak. Tiba-tiba kau bawa dia masuk hotel. Agak-agak apa jadi dekat katak tu? Mesti dia terkejut beruk punya. Lepas tu mulalah tak sedar diri, lompat sana-sini."
"Maksud kau, semua orang yang baik-baik masa di sekolah ni akan jadi teruk juga bila keluar sekolah nanti?"
"Haah. Aku dah nampak banyak contoh. Budak sekolah agama ke, tak ada agama ke, sama je. Semua yang baik-baik masa di sekolah akan jadi syaitan juga bila dah keluar nanti."
Hati saya beristighfar. Apa yang dia maksudkan ni?
"Habis tu, macam mana dengan orang yang boleh kekal jadi baik dekat luar sana? Ada je yang aku jumpa."
"Itu semua kes-kes terpencil. Orang-orang yang baik masa di luar sana biasanya orang-orang yang sekolah harian, yang biasa bergaul dengan kawan yang gila-gila. Dia dah tengok perangai semua orang dan mahu kekalkan diri yang asal. Sebab tu aku kau tengok aku kawan dengan budak-budak ni. Aku dah tahu macam mana keadaan di luar sana." Sambil menunjukkan kepada rakan-rakannya yang gila-gila sepertinya. Ada yang tidur berseluar pendek. Ada yang sedang asyik ber'SMS'. Sesekali tersenyum sendiri. Sukar untuk berbaik sangka SMSnya itu dengan ibu bapa.
"Jadi kau memilih untuk terus jadi macam ni? Jauh daripada kebenaran?"
"Kebenaran? Kau buat lawak apa ni Umair. Kebenaran tu bila kita boleh jalani hidup ni dengan baik. Tengok aku sekarang. Aku bahagia. Awek aku kaya. Aku ada ramai kawan. Semuanya baik. Aku puas dengan semua ni."
"Kebahagiaan ni tak selama-lamanya. Kehidupan kita bukan sekadar di dunia ni bro."
Dia tiba-tiba terdiam. Saya menyambung.
"Kau ingat kau akan terus bahagia macam ni ke? Kebahagiaan dan keseronokan yang kau alami ni di dunia je. Di akhirat sana macam-macam lagi yang kita kena hadapi. Kita akan dipertanyakan tentang segala yang kita lakukan di dunia ni. Kau bersedia untuk semua tu?"
Dia tidak menjawab. Terus terdiam.
"Aku tak kisah kau nak kata aku ni baik masa kat sekolah je ke. Aku ni hipokrit ke. Aku bagi tazkirah, clash dan lain-lain tu sebab nak tunjuk baik je. Katalah. Yang aku tahu, aku ada sebab buat semua ni. Aku buat ni sebab aku tahu kebenaran. Hidup di dunia ni sementara. Aku takkan ambil keseronokkan hidup di dunia yang sementara ini dengan menggadaikan kebahagiaan di akhirat yang jauh berlipat kali ganda nanti. Dan itu yang selalu sampaikan dalam tazkirah aku. Hidup di dunia ni sementara. Kita semua tahu hakikat ni."
Dia hanya senyap. Matanya telah lama dialihkan daripada saya. Saya ketika itu tidak faham, mengapa ramai orang sukar untuk menerima hakikat bahawa hidup di dunia ini sementara. Allah menyebutnya berkali-kali di dalam Al-Quran.
Korang tak faham-faham lagi ke!?
Itulah yang selalu saya tempikkan di dalam hati saat melihat mereka yang masih tidak mahu berubah. Sedih melihat rakan-rakan yang masih terus kekal dalam keseronokan dunia yang semu ini. Apakah mereka memang tidak nampak atau mereka sengaja buat-buat tidak nampak?
Tetapi kata-kata dia tadi agak mengesan bagi saya, dan kini saya kembali berfikir.
Memang saya tidak kembali ber'couple'. Tidak melakukan perbuatan yang terang-terang menjadi dilarang oleh Allah. Tetapi keteguhan serta semangat saya tidak seperti itu lagi. Tidak seperti di saat-saat awal menerima tarbiyah. Saya kembali menelusuri detik kemerosotan itu. Dan puncanya saya agak adalah masalah kesyukuran.
Mungkin saya tidak cukup mensyukuri nikmat iman yang Allah berikan. Lalu Allah menariknya. Mungkin bukan kesemuanya, tetapi ia cukup mengesan. Pesan saya buat semua pembaca. Hidayah itu milik Allah. Dia hanya memberikannya kepada sesiapa yang mahu mengambilnya. Jika kita menunjukkan sikap acuh tidak acuh dengan nikmatNya ini, tidak mustahil Allah akan menariknya daripada kita pada bila-bila masa. Hingga merasakan ingin mengekalkan diri dalam kebaikan itu sesuatu yang berat. Melakukan ibadah terasa sukar. Bersama dengan orang-orang beriman itu terasa lemas.
Mari kita kembali.
Kembali mensyukuri nikmat HidayahNya ini.
Lihatlah masa silam kita. Lihatlah rakan-rakan kita yang jauh daripada nikmat hidayah. Adakah kita rela kembali ke sana? Adakah kita rela untuk membiarkan mereka terus di sana? Apatah lagi bersama dengan mereka melakukan hal-hal tersebut setelah Allah menyelamatkan kita?
Mari tingkatkan kesyukuran kita. Masih ada waktu.

Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. [40:39]
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [3:185]Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?[6:32]
Korang tak faham-faham lagi ke!?
Itulah yang selalu saya tempikkan di dalam hati saat melihat mereka yang masih tidak mahu berubah. Sedih melihat rakan-rakan yang masih terus kekal dalam keseronokan dunia yang semu ini. Apakah mereka memang tidak nampak atau mereka sengaja buat-buat tidak nampak?
Tetapi kata-kata dia tadi agak mengesan bagi saya, dan kini saya kembali berfikir.
Nanti kau keluar sekolah, masuk universiti, kau tak macam ni lagi.
Memang saya tidak kembali ber'couple'. Tidak melakukan perbuatan yang terang-terang menjadi dilarang oleh Allah. Tetapi keteguhan serta semangat saya tidak seperti itu lagi. Tidak seperti di saat-saat awal menerima tarbiyah. Saya kembali menelusuri detik kemerosotan itu. Dan puncanya saya agak adalah masalah kesyukuran.
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". [14:7]
Mungkin saya tidak cukup mensyukuri nikmat iman yang Allah berikan. Lalu Allah menariknya. Mungkin bukan kesemuanya, tetapi ia cukup mengesan. Pesan saya buat semua pembaca. Hidayah itu milik Allah. Dia hanya memberikannya kepada sesiapa yang mahu mengambilnya. Jika kita menunjukkan sikap acuh tidak acuh dengan nikmatNya ini, tidak mustahil Allah akan menariknya daripada kita pada bila-bila masa. Hingga merasakan ingin mengekalkan diri dalam kebaikan itu sesuatu yang berat. Melakukan ibadah terasa sukar. Bersama dengan orang-orang beriman itu terasa lemas.
Mari kita kembali.
Kembali mensyukuri nikmat HidayahNya ini.
Lihatlah masa silam kita. Lihatlah rakan-rakan kita yang jauh daripada nikmat hidayah. Adakah kita rela kembali ke sana? Adakah kita rela untuk membiarkan mereka terus di sana? Apatah lagi bersama dengan mereka melakukan hal-hal tersebut setelah Allah menyelamatkan kita?
Mari tingkatkan kesyukuran kita. Masih ada waktu.
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^