Muhasabah : Ramadhan Itu
Sya'ban semakin menyirna.
Ramadhan kini kunjung tiba.
Bagaiamana pula dengan kita,
Apakah sudah mantap bersedia?
Diriwayatkan dari Ka'ab bin Ujrah RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, Datanglah kamu ke mimbar". Kemudian kami datang. Maka, apabila beliau naik tangga pertama, beliau berkata, 'Amin, lalu apabila naik tangga kedua juga berkata, 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga yang ketiga, Baginda SAW pun berkata, 'Amin'. Maka, ketika beliau turun kami berkata, Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar". Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata, Celakalah orang yang melewatkan bulan Ramadhan begitu saja sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'. Lalu, ketika aku naik tangga kedua dia berkata, 'Celakalah orang yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak memohon shalawat ke atasmu'. Aku berkata, 'Amin'. Bila aku melangkah naik tangga ketiga dia berkata, 'Celakalah orang yang menjumpai kedua orang tuanya telah tua atau salah satu di antara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke surga'. Aku berkata, 'Amin'."
(HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban)*
Bersediakah kita membersihkan diri sebersih-bersihnya? Mahu menjadi golongan yang celaka seperti doanya Jibri, sebaik-baik malaikat yang kemudiannya diaminkan oleh Rasulullah SAW, sebaik-baik manusia?
Tentu amat jelas akibat buat mereka yang menghadapi Ramdhan sekadar bulan-bulan biasa. Cuma mereka tidak makan dan minum di siang hari. Langsung tiada rancangan untuk memperbaiki dan memperbetulkan diri.
Ramadhan akan berlalu pergi, tanpa sebarang erti buat dirinya.
Mahukah jadi golongan celaka itu?
Kalau Mahu
Lupakan sahaja post ini. Laluilah ramadhan seperti tiada apa-apa berlaku. Fikirkan sahaja apa yang bakal dibeli untuk iftar setiap hari, di mana surau atau masjid yang paling sedap juadah berbukanya dan paling ringkas solat tarawihnya.
Dan jangan lupa countdown setiap hari: "Road To Aidilfitri - 30 Days Left"
Jangan susah-susah fikirkan apa yang perlu dibuat untuk menambah pahala. Tak perlu susah-susah tilawah Al-Quran, tadarus, qiamullail dan sebagainuya. Buat apa? Susah-susah je.
Kalau Tidak Mahu
Makanya kita perlu merancang akan bagaimana meningkatkan ketaqwaan kita di hadapan Allah SWT. Tanyakan pada diri,
Apakah maksiat yang masih bersarang dalam diri yang aku akan tinggalkan terus bermula ramadhan ini?
Apakah ibadah yang akan aku istiqomahkan terus bermula ramdhan ini?
Berapa kali akan dikhatamkan Al-Quran?
Berapa malam akan didirikan Qiamullail?
Dan sebagainya...
Penutup
Ramadhan datang dengan kelebihan dan anugerah yang melimpah ruah daripada Allah SWT.
Sedikit amal, berganda-ganda pahalanya.
Banyak amal, lagilah tidak terkira ganjarannya.
Tidak mahu mengambil peluang? Kitalah yang bodoh.
Sudahlah banyak buat dosa. Bagi peluang nak tebus tidak mahu pula.
Mari perbaiki diri sempena Ramadhan ini.
Jadikan ini Ramadhan terbaik buat kita.
Semoga Allah menerima amal-amal kita.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...
Store Room
Nihon Canpack
5:33 PM
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^