Diari : Surat Dari Mutarobbi
Sebentar lagi saya akan pulang ke kampung.
Kajang tanah Satay yang popular.
Menjalankan tanggungjawab terhadap adik-adik.
Mereka tidak punya ayah dan ibu untuk beraya bersama kali ini.
Semoga Mama dan Abah menemui apa yang dicari Nabi Ibrahim A.S.
Cinta tertinggi, Cinta Allah SWT.
Dalam pada mengemas, tiba-tiba terjumpa surat daripada mutarobbi.
Surat yang membuatkan air mata ini mengalir.
Surat yang ditulis kerana saya terus-menerus 'membelasahnya'
Kerana dia tidak melakukan perubahan terhadap mutaba'ahnya.
Surat yang sungguh tulus dan ikhlas.
Inilah suratnya :
Kepada Murabbiku SayangBawah Tangga Tepi MasjidKe hadapan Murabbiku, surat ini bukanlah untuk memberi alasan kenapa mutabaah tidak up-up, tapi kerana ingin memberi tahu sebab mutabaah down-down. Seorang da'i bukanlah seorang yang mencari alasan untuk kegagalan tetapi mencari solusi kepada masalah tersebut, dan ana pun masalah gak, sebab tak selesai lagi masalah tersebut..(Lepas tu dia tulis masalah-masalah kenapa dia tdak dapat penuhi mutabaah dan solusi-solusinya. Daripada ma'thurat, subuh dan tahajjud, dhuha dan istigfar. Sedikit tentang kenapa dia selalu tertidur ketika menedengar pengisian-pengisian saya. Saya skip yang itu.)Tentang down study, mungkin ana taklid buta-buta daripada kata-kata antum, bukan salah antum pun, tapi salah ana kerana tidak ikut sunnatullah. Waktu foundation dulu ana thiqoh pada ayat [47:7] hingga tak study dan kamikaze, dan waktu nak test hanya perlu ingat time lecture je tanpa perlu revise dan study. Tapi sekarang insya-Allah dakwah pertama dan study bukan kedua. Result pun semakin improve...insya-Allah.(bagus anak halaqoh aku ni, sedar sendiri yang dia salah memahami corak pemikiran simplistiknya. Lalu melakukan perubahan. Sedar silapnya tidak ikut sunnatullah. Bukan kemudiannya menyalahkan murobbi yang menceritakan ayat [47:7]!)Tentang tak ada mad'u lagi, mungkin ana kehilangan keyakinan diri untuk mengisi, sebab macam tak dapat membina mad'u-mad'u sebelum ini. Mungkin ayat-ayat ni seperti alasan untuk tak mencari mad'u, tapi sedikit sebanyak mengeffect juga gerak kerja ana.T_T. Mungkin ana takut tak dapat membina mad'u. (Progress ada insya-Allah, tapi perlahan).Kesimpulan, jazakallhu khoiron kasiro sebab menunjukkan ana jalan dakwah dan matlamat hidup. Syukur kepada Allah sebab menemukan ana dengan antum. Mungkin kalau tak bertemu, mungkin ana masih lagi terhuyung-hayang dengan couple dan juga games dan movie. Surat ini bukannya ditulis untuk meminta maaf daripada antum, tapi adalah sebagai masukan untuk ana ini mengakui diri yang dhaif, hina dan kerdil. Kerana sepatutnya ana memohon ampun kepada Allah, sebab tak menjalankan hak sebagai hamba. Di keberadaan ana menulis surat ini mungkin ana akan menyiapkan diri untuk menjadi qiyadah dan juga kader dakwah, dan yang paling penting adalah bersedia untuk menjadi jundi. Mungkin selama ini ana takut untuk dengan beban dakwah, takut mengorbankan harta, mengorbankan jiwa dan perasaan. Di dalam hati ana ini masih lagi ada karat jahiliyah yang menjadi virus-virus untu maju ke saf hadapan. Kerana hati ini tidak lagi sepenuh hati meninggalkan couple (takde kena-mengena dengan status G-Talk dan dah tak contact lama gila dah), games dan movie..walaupun dah lama tinggalkan semua ini, tetapi hati ini masih lagi ingi terasa ingin ke sana, ingin kembali ke zaman jahiliyah. Ana sedar semua ini adalah kerana hati di dalam jiwa ini tak cukup ikhlas lagi berdakwah, ingin mencari alasan untuk berada di jalan ini. Tapi masalah akarnya adalah diri ana tidak cukup mencintai Allah, tak merindui syurga-Nya, tak takut akan neraka-Nya, tak tahu akan keredhaan-Nya...Ampunilah aku ya-Allah....Bukakanlah pintu hati ini...Jadi murabbiku yang kucintai, ana juga mencintai jalan dakwah, tak boleh hidup tanpa dakwah yakni tarbiyah, tunjuk ajarlah kepada ana, berilah pedoman dan juga nasihat untuk mendidik jiwa ini supaya sepenuh hati berada di jalan dakwah, kerana ana tak kisah pun kena marah oleh murabbi, sebab itu memang tugas murabbi kepada mutarabbinya. Jazakallah...Tolong doakan ana ek...ana pun akan selalu mendoakan orang-orang yang ditarbiyah ini.Yang selalu ingin lulus mutabaah,.............................(XXXXXXXXXXXX)
Kemudian, ketika berlakunya Tragedi Hitam Oktober, saya menemui satu-satu anak halaqoh tercinta, menerangkan kepada mereka dengan sebaik-baiknya. Ikhwah-ikhwah lain tidak lagi bersama, dan lain-lain. Ikhwah UTP yang bersama tinggal ana murobbinya. Berpuluh-puluh yang lain. Menasihati mereka agar terus bersabar dan mengikhlaskan niat. Mutarobbi saya yang satu ini senyap sahaja. Saya memikirnya yang dia terkejut dan tidak mampu menerima hakikat. Namun setelah beberapa langkah meninggalkan kamarnya, dia menghantar SMS:
Assalamu'alaikum WBTAkhi, walau apapun yang terjadi, ana akan tetap bersama antum. Harap antum akan terus bimbing ana untuk berdakwah dan berjuang di jalan ini.
Mesej ringkas. Sekali lagi air mata ini mengalir.
Kini kau telah dewasa mutarobbiku. Dan kini kau dibebani pelbagai tugas. Biar, dakwah ini memang berat kita tanggungi. Kerana kita adalah para pendahulu. Kelak mereka yang begenerasi setelah kita akan merasakan kemanisannya, insya-Allah.
Dan untuk ikhwah-ikhwahku yang sebahagian besarnya adalah bekas-bekas anak halaqohku, maafkan diri ana yang lemah dalam membimbing antum. Ana bukanlah yang terbaik. Ana tidak tahu menyusun dan membimbing antum dalam jalan dakwah ini. Ana cuma mencuba yang terbaik. Dan ana seringkali melemah. Biar diriku terkorban, namun semoga kalian terus menapaki jalan ini.
p/s : Di kala merasa diri berseorangan, ingatlah antum semua masih ada ikhwah-ikhwah. Ana cuma bersendirian dalam batch ana. Selalu mengenang apakah nasib diri ini. Tetapi ana sentiasa kembali bahagia, kerana ana ada antum semua. Saksikanlah ikhwah-ikhwahku, aku cinta pada kalian!
~Salam Aidil Adha~
~umairzulkefli~
~16112011~
~1637Hrs~
~v2A-002~
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^