Perkongsian: Ikhlaskah Kita?
“Akhi, macam mana nak istiqomah?”
“Senang sahaja.”
“Senang? Macam mana?”
“Jangan terpengaruh dengan syaitan.”
“Macam mana nak elak dipengaruhi syaitan?”
“Baca Surah Al-Hijr, surah ke-15, ayat 39 dan 40.”
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,[39]
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."[40]
[Q.S. Al-Hijr, 39-40]
“Kena ikhlas?”
“Betul.”
“Alamak, itulah yang susah.”
“Tau takpe.”
Lalu derai tawa bergema dalam ruangan itu.
Ikhlas
Perkataan yang mudah disebut, sukar dilakukan.
Mudah dipelajari teorinya, sukar dilaksanakan praktikalnya.
Sahal bin Abdullah pernah ditanya, “Apakah yang paling berat bagi nafsu?” Dia menjawab, “Ikhlas. Kerana ia tidak punya tempat di dalamnya.”
Akibat
Kita tidak ikhlas, kesannya bukan sedikit-sedikit. Daripada amal yang sepatutnya membawa ke syurga, boleh menjerumuskan kita ke neraka!
Hadis tentang 3 orang yang telah mati syahid. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sepatutnya menjadi ingatan kita bersama. Hadis sahih riwayat Muslim.
- Seorang yang berperang sehingga mati, namun niatnya hendak dikatakan seorang pemberani.
- Seorang yang mahir ilmu Al-Quran dan sentiasa mengajarkannya, namun niatnya hendak dikatakan sebagai seorang alim dan qari.
- Seorang yang mempunyai harta melimpah ruah dan membelanjakannya ke jalan Allah, namun niatnya hendak dikatakan sebagai seorang yang dermawan.
Bukan untuk diri kita diterima oleh mana-mana pihak.
Bukan untuk diri kita terselamat daripada didiskriminasi oleh mana-mana pihak.
Juga, bukan untuk diri kita mendapat manfaat dalam bentuk apapun.
Kesimpulan: Ikhlaskah kita?
Isu-isu yang sedang hangat diperkatakan, untuk apa kita ikut berbahas mengenainya?
Dalam segala tidakan kita seharian, apakah niat kita melakukannya?
Kalau bukan kerana Allah, pasti nafsu menempati ruangnya.
Kalau bukan kerana Allah, pasti syaitan sudah punya tempatnya.
Kalau bukan kerana Allah, pasti nerakalah tempatnya.
Na’uzubillah min zaalik.
Tepuk dada, tanya iman.
p/s: Isu kalimah Allah, ikhlaskah kita? Jangan jawab di sini, sila jawab dalam hati. Hanya Allah yang tahu.
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^