Berpolitik atau Berdakwah?
Ana teringin untuk memberi pendapat dalam perkara ini.Memang benar, Rasulullah SAW juga berpolitik, tetapi baginda tidak mencontohkan politik pada permulaan Islam. Sebaliknya baginda menumpukan kepada pembinaan ummat, mencetak generasi Rabbani terlebih dahulu. Atau dalam erti kata lain, berdakwah untuk membina insan-insan yang beriman, sanggup berkorban jiwa dan raga untuk Islam. Berdakwah untuk melahirkan lebih ramai pendakwah.
Kalau kita nak menangani masalah umat, kita kena cari punca masalahnya. Kita kena selesaikan masalah akarnya terlebih dahulu, ataupun ia akan menimbulkan masalah-masalah lain. Analogikan sebatang pokok mempelam, ranting-ranting serta dahannya berjurai ke dalam pagar rumah kita. Ini justeru amat menggangu ketenteraman kita. Apa yang kita kena buat? Kerat ranting-ranting serta dahan-dahan itu? Ia hanya akan menyelesaikan masalah buat seketika, tidak lama kemudian dahan akan tumbuh kembali. Solusi yang paling tepat ialah? Kita tebang! Begitu caranya, sampai bila-bila pun pokok itu takkan menganggu kita lagi.
Begitu juga dengan permasalahan ummat sekarang. Sekarang kita melihat ummat buat maksiat, berzina, minum arak, tak solat. Lepas tu dengan kuasa yang ada pada kita, memaksa mereka meninggalkan maksiat, memaksa mereka bersolat, menghukum mereka yg melanggar hukum-hukum Islam. Ceramah-ceramah kita tekankan,"Jangan berzina, haram, dalilnya ini....","Aurat wajib ditutup! Dalilnya.." dan sebagainya. Tetapi kita tidak pernah mengkaji mengapa mereka melakukan maksiat. Adakah kerana mereka tidak tahu hukum? Bukan.. Masalah umat sekarang adalah Masalah Aqidah. Kurangnya kefahaman terhadap mengapa perlu tunduk kepada Islam. Kurangnya kefahaman mengapa perlunya kita mentaati setiap perintah Allah. Jadi ini yang perlu diselesaikan. Pemahaman perlu diberikan kepada umat. Dalam kata yang lebih mudah, DAKWAH & TARBIYAH perlu berjalan dengan serius dan rutin. Sekarang ni kita tengok ramai orang berbuat maksiat adalah sebab kita tidak berdakwah kepada mereka. Kita tidak pernah melakukan pendekatan peribadi kepada mereka, membimbing serta membantu mereka.
Maaf kalau ana katakan, kalau dakwah berjalan, kita tidak perlu susah-susah kempen
Bayangkan sekarang, jika hukum-hukum hudud tiba-tiba dilaksanakan, siapa yang akan memberontak? Orang-orang yang bermaksiat inilah. Mereka yang menjadikan zina, arak, judi dan lain-lain yang sewaktu dengannya sebagai rutin harian mereka. Apabila aurat diwajibkan untuk ditutup, siapa yang akan bangkit melawan? Pemain-pemain bola sepak
Yang paling penting, adakah dengan kaedah kekuasaan dan penetapan hukum undang-undang, dapat memastikan bahawa maksiat akan dapat dihapuskan? Baik, sekarang kita hendak hentikan judi daripada berleluasa, pelacur-pelacur tidak lagi melacur dan arak tidak lagi diminum. Jadi dengan kekuasaan yang ada, kita tutup semua pusat-pusat judi. Genting Highland tu, bom aje. Semua kelab-kelab malam, tutup! Kedai-kedai arak, haramkan semua. Aset-aset kta bekukan dan rampas semuanya. Fikirkan, selesaikah masalah? Umat akan berhenti bermaksiatkah? Tidak sama sekali. Malah mereka akan lebih kreatif dalam mencari alternatif-alternatif lain untuk memuaskan nafsu mereka. Lihat contoh di ibu
Maaf, ana tidak mengatakan bahawa politik tidak perlu dijalankan. Rasulullah juga berpolitik. Mengapa kita perlu menolak sesuatu yang telah dilakukan oleh Rasulullah? Cuma yang menjadi masalahnya adalah apabila kita memahami serta menganggap bahawa berpolitik adalah satu-satunya cara untuk berdakwah dan menegakkan Negara Islam. Kita boleh berpolitik, tetapi berpolitik sebagai salah satu cara berdakwah. Maknanya dengan berpolitik kita akan menarik seramai-ramainya orang untuk kita tarbiyah serta beri kefahaman mengenai Islam dan kemudiannya berdakwah kepada masyarakat. Kita lihat contoh HAMAS. Kaji dengan teliti, HAMAS tidak bangkit dengan berpolitik. Politik ini hanya kesan daripada dakwah yang mereka lakukan. HAMAS diasaskan oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Beliau pulang dari Mesir pada tahun 1968. Syeikh Yassin pada asalnya menuntut di Universiti Ain Syams dan kemudiannya pada tahun yang kedua dihantar pulang kerana terlibat dengan Ikhwanul Muslimin. Sekembalinya beliau ke Palestin, beliau menarik perhatian generasi-generasi muda melalui khutbah Jumaatnya. Dari situ pemuda-pemuda yang berminat ini beliau tarbiyah. Kemudian, Intifadah yang pertama tercetus pada tahun 1988. Lihat, 20 tahun Syeikh Yassin mentarbiyah penduduk-penduduk palestin. 20 tahun dakwah dijalankan. HAMAS akhirnya hanya memasuki politik bermula pada awal 2000. Lihat dengan teliti, pergerakan HAMAS bermula dengan dakwah. Dan HAMAS tidak perlu bersusah-payah berkempen, walaupun satu dunia berkempen yang buruk-buruk mengenai HAMAS. Tetapi HAMAS tetap menguasai 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertandingkan di seluruh Palestin dalam pilihanraya 2006. Rakyat Palestin amat menyokong HAMAS kerana kesan dakwah yang telah diasaskan lebih daripada 70 tahun. Sekali lagi, 70 tahun. Kesimpulannya, politik itu penting, tetapi ia hanyalah sebagai alat untuk memperjuangkan dakwah.
Afwan jiddan, ana menulis bukan kerana hendak mengajak kita semua memboikot Parti-Parti Islam, menjatuhkan satu pihak atau menyokong mana-mana pihak. Cuma ana mengajak kita semua fikirkan, bagaimana hendak menyuburkan Islam di bumi di mana sahaja kita berpijak. Sebarkan fikrah Islam, bukannya mengajak orang kepada parti dan bendera semata. Jika pilihanraya diadakan, kita tiada pilihan lain, selain daripada memilih berisan alternatif. Mana mungkin kita memilih pemimpin yang akan menjadikan Islam sebagai mainan dan senda gurau? Dan ana menulis bukan untuk menolak kita melaksanakan hukum hudud. Tetapi ana mahu mengajak kita semua membuka mata, fikirkan bagaimana agar ia dapat dilaksanakan dengan berkesan dan harmoni.
Apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah berdakwah. Tarbiyah. Contohilah apa yang telah dilakukan oleh para pendahulu kita. Dan cara terbaik untuk berdakwah, mentarbiyah, memberi kefahaman dan memantau setiap individu adalah dengan sistem usrah ataupun halaqah. Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi inilah realitinya. Tetapi tentu sekali usrah yang dilakukan ialah usrah yang serius dan bersistematik. Bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Usrah yang dijalankan hanya untuk melengkapkan silibus atau memenuhi syarat jemaah. Usrah sepatutnya menjadi nukleus, sebagai pusat yang menggerakkan seluruh jemaah. Dari usrahlah lahirnya kefahaman, kemudian munculnya pengarahan dan seterusnya terbentuklah organisasi yang tersusun. Hanya bermula dengan barisan usrah. Inilah yang dikatakan oleh Syeikh Mustafa Masyhur, “Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak berguna tanpa tarbiyah.” Mungkin ada yang mengatakan, “Nak kena tarbiyah dulu, tunggu semua orang beriman dulu, bila nak tertegaknya daulah Islam?” Mari kita buat kira-kira mudah. Sekarang ana menjadi murobbi atau naqib. Ana mentarbiyah 5 orang anak halaqah. Katakanlah ana mentarbiyah mereka selama setahun, dengan memberi kefahaman dan memantau kualiti diri mereka secara berterusan. Kemudian, pada tahun kedua, anak-anak halaqah ana telah matang dan mampu merekrut anak halaqahnya sendiri. Setiap mereka juga mempunya 5 orang anak halaqah. Proses yang sama berterusan. Pada tahu kedua, di bawah ana sudah ada 25 orang. Pada tahun ketiga, 125 orang. Pada tahun keempat, 625 orang. Tahun kelima, 3125 orang. Tahun keenam, 15625 orang. Kalau skala ini berterusan,dalam masa kurang daripada 20 tahun sahaja habis rakyat
Jika realiti ini berlaku, insya-Allah jika ada pilihanraya 20 tahun akan datang, kita akan buat puak-puak sekular ini terkejut dengan kemenangan kita yang tiba-tiba. Tiada kempen itu ini,
Kata-kata ana mungkin sahaja benar mungkin sahaja salah. Boleh sahaja ia diterima, boleh sahaja ditolak. Tetapi kata-kata Allah dan RasulNyalah yang haq dan benar. Afwan kerana apa yang ana tulis mungkin bernada mengkritik dan beremosi. Semoga kita terus berjuang menegakkan Islam, semata-mata kerana Allah Ta’ala.
Wallahua’lam..
0 comments:
welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^