Musim Ber'TUHAN'

Suatu pagi di tahun 2006...

Jam menunjukkan 4.45am.

"Bagusnya adik-adik form 3 ni, ramai yang bangun solat malam," Getus hati kecilku. Terdetik rasa kagum dan bangga dengan pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun ini. Ada yang sedang sedang belajar. Persediaan untuk PMR, semoga keputusan mereka cemerlang tahun ini.

1 hari selepas PMR 2006...

"Aik? Mana diorang ni semua? Lesap? Selalunya ramai?" Aku terpinga-pinga sendirian. Waktu yang sama, hanya 1 malam selepas Peperiksaan PMR selesai.



Mungkin fenomena yang berlaku hampir di setiap sekolah apabila musim peperiksaan berkunjung tiba.

Tiap-tiap malam diadakan solat hajat.

Selepas solat hajat bacaan yassin beramai-ramai.

Pagi-pagi ramai yang baca Al-Quran, secara konsisten.

Ma'thurat juga tidak ketinggalan.

Solat malam turut didirikan.

Doanya khusyuk dan sujud diperpanjangkan.

Namun hampir kesemuanya hilang selepas musim peperiksaan. Tuhan hanya dicari ketika adanya keperluan. Menjadikan TUHAN 'keperluan bermusim'. Jika kita buka kepada skop yang lebih luas, ia berlaku kepada hampir semua manusia, di setiap peringkat, pada mana-mana zaman sekalipun.

Solat istikharah hanya ketika ingin bernikah.

Berdoa ketika datangnya kesusahan.

Datang ke surau dan masjid ketika urusan dunia terasa payah diharungi.

Namun ketika Allah telah menurunkan pertolonganNya, dia kembali kepada keadaan asalnya.

"Alah, baru pukul 3, asar pukul 4:30, nanti pukul 4 aku sembahyanglah."

"Baca Al-Quran? Yasin malam Jumaat dahla." (Itupun kalau dia nak baca dan di surau tempatnya pergi ada buat bacaan yasin. Bila dengar kononnya baca yasin di malam jumaat bid'ah, lagilah tak buat)

Mengapa? Mengapa ini semua terjadi?

Fitrah manusia memang akan kembali kepada Tuhan apabila menemui kebuntuan, kepayahan serta kegagalan. Namun kita bukannya hamba yang tidak tahu berterima kasih lagi bersyukur. Jangan melampaui batas!

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[10:12]

Ingatlah Allah di setiap ketika, di setiap sedutan nafas, denyutan jantung, langkahan kaki dan di setiap detik waktu. Bukan hanya di musim-musim tertentu!

p/s : To All UTP 2nd Year 1st Chemical Students, HAPPY HOLIDAY!! (^_^)V

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^