Kenapa Tak Update Blog?

"Umair, lama betul kau tak update blog kau. Kau dah malas menulis ke?"


"Idea tu ada je. Tapi sibukla."


"Sibuk bukan alasan, kalau nak menulis, boleh je. Pandai-pandaila uruskan masa."


"Erm.."

Mungkin ini delema yang dihadapi oleh beberapa blogger yang ada di tanah air.


Pada hakikatnya mereka bukan tidak mahu menulis, tetapi mungkin ada di antara mereka yang terlalu mementingkan kualiti. Namun akibatnya blog dibiarkan bersawang di alam maya.


Tiada artikel baru.


Tiada cerita terkini.


Tiada apa yang menarik untuk disinggahi lagi.


Cuma yang tinggal adalah koleksi artikel-artikel lama.


Mungkin saya adalah salah seorang daripada mereka yang bersikap seperti itu. Idea yang datang mencurah-curah tetapi tidak pernah diabadikan ke dalam blog.

Juga mungkin kerana saya amat mencuba mengurangkan penulisan 'Open Diary Blog'. Menceritakan hari-hari kehidupan diri sendiri. Saya lebih cenderung untuk menulis perkara-perkara yang 'difikirkan' berfaedah namun hakikatnya saya terkurung dalam cara berfikir yang sempit.


Menulis hanya artikel ilmiah.


Menulis hanya artikel tazkirah.


Menulis hanya cerpen dakwah.


Ramai yang terlupa bahawa teknik penceritaan boleh mendatangkan kesan yang baik kepada pembaca. Dan semua orang pasti suka membaca cerita. Sebab itu artikel-artikel berbentuk cerpen amat diminati ramai orang. Lihat sahaja top artikel di iluvislam.com, semuanya cerpen-cerpen. Dan tambahan, artikel tentang percintaan.^_^

Remaja Malaysia amat sensitif tentang cinta. Saya akan bahas dalam post yang berlainan tentang soal cinta ini.


Untuk kawan-kawan yang menulis blog, mari sama-sama cuba menyampaikan yang terbaik kepada para pembaca.


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semoga kita sama-sama kembali kepada fitarah insani.

Fitrah seorang hamba.


Ampun maaf dipinta.


Sekian

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^