Showing posts with label Novel. Show all posts

Novel : Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 3)

0 comments
Akhirnya Part 3 bersambung juga.

Setelah hampir lebih setahun saya menangguhkannya. (sengaja atau tidak? Jangan ditanya. Baca sahajalah!)

Cerita kali ini berkitar di masalah fiqh.

Jemput baca.

Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 3)



"Bang, kami nak solat kat mana ye? Tak nampak pun surau kat sini." Tanya Ibrahim.

"Memanglah tak nampak, ni kan dewan makan. Nak pergi surau, korang keluar dewan makan ni, ikut jalan tar depan tu menuju ke laut. Sampai simpang 3 tu, ikut kiri. Jalan je terus sampai korang nampak surau. Bangunan warna hijau."

"Aik, macam jauh je bunyinya bang. Siap ade simpang lagi." Rashid menyampuk.

"Takde jauhnya. Hisap rokok sebatang pun tak sempat habis."

"Ceh, saje je abang nih. Bang, amacam bang? Bolehla. Bagi sebatang je."

Rakan-rakan yang lain tergelak kecil melihat telatah Rashid.

"Dah-dah. Awak ni tak habis-habis ye. Nanti kita bincang. Jangan risau, awak dapat punya rokok awak tu nanti. Ok, lepas ni korang leh pegi sembahyang. Lepas tu dalam pukul 2.30 kumpul dekat depan dewan kayu tu ye. Saya nak tunjukkan awak semua tempat ni."

Ibrahim berjalan menuju ke surau yang dimaksudkan. Langkahnya diikuti beberapa rakan-rakan watchnya. Dari kejauhan kelihatan surau kecil yang berwarna hijau muda. Tergantung sebuah papan tanda bertulis 'Solatlah sebelum kamu disolatkan', di sudut kanan bawahnya tertulis UTP '05. Barangkali buatan senior-seniornya dahulu. Suraunya bertangga kayu, didirikan kira-kira setengah meter dari tanah. Arah kiblat yang menghadap laut menyebabkan bayu laut yag nyaman menyapa muka tatkala jendela dibuka. Terbentang pemandangan laut yang amat indah. Suasana yang teramat indah buat mereka yang mentadabburi alam.

Para peserta segera mambasahkan anggota wudhu dan duduk menanti di atas surau, masing-masing saling tolak menolak untuk menjadi imam. Lalu mereka bertumpu kepada Ibrahim.

"Hah, budak SMAP Labu! Apa lagi ustaz, cepatlah jadi imam." Rashid bersuara. Gurauannya bernada sinis. Ibrahim hanya tersenyum.

"Kita nak solat jamak takdim ke ni?" Tiba-tiba Farhan bertanya. Masing-masing terdiam. Sekali lagi Ibrahim menjadi tumpuan.

"Kita boleh solat qasar jamak, sebab kita musafir." Ibrahim bersuara.

"Tapi kita boleh tiga hari sahajalah kan? Sebab kita seminggu di sini." Amirul bertanya.

"Sebenarnya kita bole solat qasar jamak sepanjang program kita ni. Sebabnya kita buka terus menetap di Outward Bound School ni. Kita akan ada ekspedisi ke pulau dan tempat-tempat lain."

"Aku ingat nak solat penuh je, malas fikir-fikir."

"Terpulang. Masalah fiqh ni, kita ikut mana yang menenangkan hati. Asalkan ada pendapat sahih yang kita pegang. Cuma qasar jamak ini adalah rukhsah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang berada dalam keadaan musafir. Tawaran 'hadiah' kemudahan Allah. Kalau orang dah nak bagi hadiah, tak manislah kalau kita nak tolak kan?"

Masing-masing mengangguk dengan penjelasan Ibrahim. Lalu mereka sepakat mendirikan solat dengan Ibrahim sebagai imam. Solat Zohor didirikan dua rakaat dan disambung dengan dua rakaat Solat Asar. Beberapa orang kelihatan tidak mengikut rentak solat mereka. Cuma mengikut dua rakaat dan menyambung sendiri dua rakaat seterusnya. Barangkali yang tinggal berdekatan.



Selepas solat, Ibrahim mengambil peluang melakukan sedikit perkongsian. Majlis dibuka dengan kalimah basmallah, bacaan surah Al-Fatihah, puji-pujian ke atas Allah SWT serta selawat ke atas nabi.

"Sebenarnya Islam ini adalah agama yang mudah. Buktinya Allah telah memberikan pelbagai keringanan kepada hamba-hambaNya dalm pelbagai hal. Ketika sakit, kita boleh solat sambil duduk. Jika tidak mampu, boleh sambil mengiring, berbaring dan juga boleh dengan isyarat mata. Antara keringanan yang lain pula adalah ketika sedang bermusafir. Seseorang itu dibenarkan untuk mengqasar iaitu memendekkan serta menjamakkan atau menghimpunkan dua solat. Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Mungkin antara kita ramai yang pernah belajar mengenai solat qasar jamak ketika di sekolah dulu, kan? Berapa jarak yang dibenarkan untuk menjamak serta mengqasarkan solat?"

Suasana sepi seketika, lalu Rashid menjawab.

"Tak silap aku 2 marhalah. Lebih kurang 90 kilometer. Betul tak Ustaz Im?"

"Betul tu. Ini yang kita belajar dulu masa di sekolah. Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Wahai penduduk Mekah, janganlah kamu sekalian mengqasarkan sembahyang (bagi jarak perjalanan) yang kurang dari 4 barid (2 marhalah) iaitu dari Mekah ke Asfan.” Namun menurut Imam Al-Syaukani, hadith ini adalah hadith dhaif atau lemah kerana terdapat seorang perawi yang matruk, tertolak. Pendapat beliau boleh didapati daripada kitab Nailul Authar, jilid 3. Jadi, sebenarnya pendapat yang mengatakan 2 marhalah adalah jarak minima untuk melakukan jamak dan qasar ini adalah lemah."

"Jadi, berapa jarak untuk kita boleh jamak dan qasar?" Farhan bertanya.

"Sebenarnya Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meletakkan had batasan yang memperbolehkan kita mengqasarkan solat. Bahkan Rasulullah SAW akan sentiasa mengqasarkan solat apabila baginda bermusafir keluar daripada Madinah. Anas bin Malik RA meriwayatkan :

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Zuhur empat rakaat di Madinah dan bersembahyang Asar di Dzil Hulaifah dua rakaat.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab Shahih Muslim. Jarak perjalanan dari Madinah ke Dzil Hulaifah itu cuma 7 mil. 7 mil itu dengan antara 12 hingga 13 kilometer sahaja. Hadis ini juga adalah sebagai bukti bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengqasarkan sembahyang walaupun jarak perjalanan tersebut adalah kurang dari dua marhalah (83 kilometer).

Menurut Syaikh Al-Syinqithi rahimahullah, pendapat yang paling kuat adalah semua jenis perjalanan yang dikategorikan sebagai safar sekalipun jaraknya tidak jauh maka diperbolehkan pelakunya untuk mengqasarkan solat, kerana menurut beliau dalam nas hanya disebutkan safar secara mutlak, tanpa dibatasi dengan ukuran jarak mahupun hari. Nas yang dimaksudkan beliau adalah dalam Surah An-Nisa', ayat ke-101:

Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu men-qashar sembahyang(mu)..[Q.S. An-Nisa, 4:101]


Contohnya, sekiranya seseorang itu rumahnya di Seri Iskandar, Perak dan setiap hari dia berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana tempat kerjanya di sana, maka dia tidak dianggap sebagai musafir meskipun perjalanannya melebihi dua marhalah kerana ianya termasuk perjalanan yang berada dalam lingkungan kebiasaannya. Namun begitu bagi seseorang yang rumah dan pejabatnya di Tronoh, tetapi dia melakukan perjalanan ke Ipoh kerana menziarah keluarganya maka dia tetap dianggap sebagai musafir walaupun jarak perjalan tersebut kurang dari dua marhalah. Ini adalah kerana perjalanan tersebut di luar perjalanan yang menjadi adat kebiasaannya.


Pendapat beliau boleh dibaca daripada buku Koreksi Total Ritual Shalat yang dikarang oleh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan."



"Owh, macam tu ke. Mudah rupanya. Tapi kenapa baru sekarang aku dengar pasal ni ye? Selama ni tak pernah dengar pun."

"Sebab tu kita kena banyak membaca dan berguru! Sebenarnya Islam ni mudah dan indah. Tinggal kita yang perlu menyedarinya. Tetapi, kita perlu ingat. Masalah fiqh ini masih ramai yang berbeza pedapat. Kalau kita telah mengetahui hujah dan dalil untuk sesuatu masalah fiqh, maka kita boleh beramal dengan apa yang kita tahu. Tetapi kita tidak boleh memaksa apatahlagi menyalahkan orang lain yang tidak sama pendapat dengan kita. Malah jika kita telah menerangkan dengan jelas, tetapi orang lain masih nak beramal dengan cara mereka, biarkan. Yang penting mereka solat. Nak jalan berapa kilometer baru nak solat jamak qasar itu tiada masalah. Yang jadi masalahnya ialah orang yang buat Jamak Takyah!"

"Jamak Takyah? Apa benda pula tu Im?"

"Macam namanyalah. Jalan sampai berpuluh-puluh malah beratus-ratus kilometer, tapi tak solat-solat! Tu la dia Jamak Takyah!"

Mereka yang lain tergelak kecil. Ibrahim menerangkan dengan sempurna apa yang diketahuinua mengenai solat jamak qasar.. Bibirnya melirik senyum. Bersyukur kerana Allah mengizinkannya untuk berkongsi sedikit ilmu dengan teman-temannya. Berharap dengan sedikit perkongsian itu akan membuka minda teman-temannya untuk lebih mendalami Islam.

Majlis ditutup. Suis kipas dimatikan. Jendela dirapatkan. Surau ditinggalkan. Semua berjalan menuju ke tempat yang telah ditetapkan oleh pembimbing watch masing-masing. Semua peserta kelihatan melayan perasaan masing-masing. Namun sepasang mata tertuju ke arah Ibrahim. Pandangan yang sukar ditafsirkan.

p/s: Sila baca Part 1 dan Part 2 untuk memahami jalan cerita.


~End Of Post~


Read More »

Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 2)

0 comments
"Okey, watch Tahan ikut abang. Nama abang, Ahmad Mukrim. Panggil je Abang Mukrim."
Penampilannya agak menarik. Menyarungkan cekak rambut di kepala. Kelihatan mesra dan humor.

"Okay, kat sini kena ikut peraturan. Tak boleh ikut kepala sendiri. Sesiapa yang langgar peraturan akan dihantar balik serta merta. Barang-barang yang diharamkan adalah rokok, duit, kad pengenalan, telefon bimbit, semua jenis alat elektronik dan majalah-majalah. Kalau ada sila serahkan kepada saya. Di sini kita akan menjalani kehidupan 'back to basic'. Semua benda-benda itu tidak diperlukan di sini.





"Kalau takde rokok matilah saya bang. Bagila sehari sebatang ke. Saya sehari boleh habis sekotak bang. Jadi gila kalau saya tak hisap 7 hari." Rashid tiba-tiba memecah suasana. Budak seorang ni memang perokok tegar. Rokok untuknya sudah kemestian, seperti mestinya orang Melayu makan nasi hari-hari."

'Dahsyat mamat ni. Sekotak rokok tu mesti dah 6-7 ringgit. Sehari sekotak, banyak betul di bakar duit. Kalau sebulan istiqamah dia hisap, nak dekat RM200 lebih terbakar. Tentu baik kalau duit tu dibuat sedekah atau infaq di jalan dakwah. Ramai ikhwah-ikhwah yang pergi program dakwah yang memerlukannya. Syazwan tu kadang-kadang terpaksa ikat perut sebab nak simpan duit untuk follow up sekolah. Tentu senang hati Syaz kalau dapat bantuan tu. Semoga Allah memberikannya peluang untuk memperbaiki diri.' Ibrahim bermonolog sendirian.

"Jangan risau, abang simpan je. Tak amek sebatang pun. Sumpah. Alah, seminggu tak hisap takde matinye. Kalau mati nanti, abang pesan kat orang yang tanam tu untuk letak sekali rokok kesayangan awak tu dalam lubang kubur awak." Abang Mukrim berseloroh. Pelajar lain ketawa terkekeh-kekeh mendengarnya. Ibrahim turut tertawa. Rashid mencebikkan muka.

"Abang, boleh tak Fie nak call mak Fie dulu. Seminggu takde handphone ni, risau pulak dia nanti." Seorang pelajar perempuan bersuara. Sofia Afirah nama diberi. Lebih mesra dengan panggilan Fie. Kelihatan agak manja dalam berbicara.

"Hah, boleh-boleh..telefon mak korang, pesan jangan sedih-sedih. Seminggu je korang off hanphone. Korang pun takkan nak cerita semua kat parent korang kan? Ada orang tu nak pergi tandas cerita, nak makan cerita, semua nak cerita. Balik nanti korang ceritalah semuanya sekali."

'Ish, perempuan ni, kenapalah dia cakap dengan nada macam tu. Cakap nada biasa-biasa sudahla. Muka pun boleh tahan. Sure dah ada balak nih. Astaghfirullah! Apa yang aku fikir ni? Dahla pandang dia lama pulak tadi. Ya-Allah, peliharalah hatiku.' Hati kecil Ibrahim terdetik. Dia mengakui, kisah silamnya banyak mempengaruhi dirinya. Dia pernah bercinta dahulu kerana tertarik dengan seseorang yang mempunyai daya tarikan seperti Fie. Walaupun ia hanya tinggal sejarah, namun karat jahiliyyahnya masih berberbaki dan perlu terus dikikis.

"Okey, kalau semua dah serahkan barang-barang, kamu semua boleh pergi ke Dining Hall untuk lunch. Tinggalkan beg pakaian di sini. Lepas makan boleh balik ke dorm masing-masing. Lelaki di dorm Tahan dan perempuan di Dorm Irau.Tapi sebelum tu, pastikan korang buat checkup untuk H1N1. Jangan tak check, mana tahu ada di antara kamu ni pembawa virus! Nanti habis satu school ni kena kuarantin. Kita akan berkumpul semula di sini pukul 4.30 pm untuk Opening Ceremony. Ada apa-apa soalan?"

"Bang, dorm kami kat mana?" Ibrahim bersuara.

"Tu kat atas sana. Dorm Tahan yang paling tinggi tu," ujar Abang mukrim sambil menundingkan jarinya ke atas bukit yang terletak di timur laut dewan.

"Waah..tingginya!" Mereka sekumpulan hampir menjerit serentak. Tempat kediaman itu memang sangat tinggi. Mungkin 30 meter dari paras laut. Untuk sampai ke atas perlu menapak, satu-satunya cara yang ada. 7 hari yang bakal dihadapi tergambar amat melelahkan.



Ternganga mereka tidak lama. Perut yang lapar lebih merunsingkan. Mereka pun beramai-ramai bergerak menuju ke Dewan Makan ataupun Dining Hall. Satu watch akan duduk makan bersama. Dua meja panjang yang digabungkan. Mereka duduk di atas bangku panjang menanti makanan dihidangkan. Untuk hari pertama mereka semua diminta untuk melakukan 'Silence Moment', atau upacara berdoa. Bagi yang bukan beragama Islam, dipersilakan mengikut kepercayaan masing-masing.

Ibrahim mengambil tempat di sebelah Rashid.

'Cuba aku borak-borak sikit dengan dia ni. Mungkin boleh buat kawan. Mana tahu dia ni ada potensi untuk ditarbiyah.' Ibrahim menanam tekad.

"Assalamu'alaikum. Kau ni batch mana ye? Tak pernah tengok muka kau ni. Mesti kau batch Julai kan? Nama aku Ibrahim. Kau panggil je Im. Nama kau siapa?"

"Wa'alaikum salam. Haah, aku batch Julai la. Nama aku Rashid. Aku pun tak pernah tengok muka kau. Kau sekolah kat mana dulu?"

"Aku SMAP Labu, Negeri Sembilan. Kawan aku ada yang sama batch dengan kau. Kau mesti kenal Jamal kan? orang panggil dia Jemmol."

"Ha..kenal-kenal. Kitorang geng kut. Aku ni jiran kau la, SASER."

"La, ye ke..tak sangka. Patut muka macam budak Sains Seremban!"

"Ada la pulak muka budak SASER?"

"Ye la, dari rambut kau aku dah tau, memang kurang mandi. SASER kan selalu takde air. Haha..aku gurau je."

"Ceh kau. Kutuk sekolah aku ye. Tapi memang SASER selalu takde air. Kadang-kadang aku pergi tandas sekolah nak mandi. Tapi mandi tetap mandi. Kat SASER takde kambing."

"Haha..ko ni kelakar la. Em, ko nampak happy je? Tak risau dah pasal rokok kau tu?"

"Huisyh, mana tak risau beb. Tangan aku dah menggeletar ni. Ni lepas makan ni aku rasa nak hisap sebatang, tapi mamat tu dah ambik semua stok aku la pulak. Aku rasa nak deal sikit la dengan dia. Mana tau leh dapat sebatang dua. Dia nampak macam sempoi je."

"Sabarla Rashid. Seminggu je. Bukan setahun. Puasa kan leh tahan sebulan."

"Sebulan tu siang je. Malam leh hisap balik. Tak la tekanan sangat aku. Kau tau Im, aku dulu siap buka puasa hisap rokok tu. Kemaruk gile."

'Ni dah lebih dia nih. Bangga sangat dengan rokok dia.' Ibrahim sudah mula rimas.

"Best sangat ke hisap rokok ni? Bukan busuk ke? Lepas hisap batuk-batuk pulak. Duit pun habis."

"Kau tak tahu. Kena cuba dulu, baru tahu. Ko pernah hisap?"

"Aku belum lagi. Tapi kawan-kawan aku dulu ada ajak. Mula-mula macam nak gak. Tapi aku teringat 3 benda je, terus tak jadi."

"Hah, apa?"

"Satu, kalau aku hisap, nanti ketagih, susah nak tinggal. Habislah duit aku nak beli rokok. Beli, lepas tu bakar, macam bakar duit je kan? Membazir. Membazir tu kan kawan syaitan. Dua, nanti dah tua aku tak sanggup nak kena kanser paru-paru. Sayang aku dengan badan kecil aku ni. Baikla aku mati cara mulia sikit. Huhu.. Tiga, orang selalu kata, hisap rokok ni tak haram, makruh je. Walaupun ada pendapat yang kata haram. Tapi aku ambil jalan selamat je. Mana tahu nanti kat akhirat Allah kata haram, aku insya-Allah terlepas. Tapi depends pada orang la. Aku sampai bila-bila, takkan hisap kut."

Rashid memandang Ibrahim dengan mengerutkan kening. Terdiam.

'Direct sangat ke ayat aku tadi? Harap-haraplah dia tak ambil hati.'

Ibrahim berfikir sendirian. Tidak lama kemudian makanan terhidang. Sambil makan mereka terus berbual mesra. Rashid kelihatan tidak mengambil hati. Ibrahim cuba menukar topik perbualan ke mana-mana. Sesekali dia menegur teman-teman sekumpulan yang lain, bertanya nama dan asal usul. Dia cuba sedaya upaya menjadi seramah mungkin. Namun dalam hatinya masih risau akan penerimaan Rashid. Yalah, luka di tangan, nampak darahnya, luka di hati siapa yang tahu? Terbakar di kampung, nampak asapnya, terbakar di hati, siapa yang tahu?



bersambung...

Read More »

Sentiasa Ingat Siapa Dirimu (Part 1)

0 comments

Bas bergerak laju. Semua penumpang sedang melayan diri sendiri. Ada yang berborak-borak. Ada yang sedang 'menghimpun daya' (tidur laa). Ada yang sedang membaca majalah dan ada juga yang sedang asyik melayan musik daripada MP3nya. Namun di suatu sudut, ada dua penumpang yang beraktiviti lain daripada yang lain. Mereka sedang membaca Al-Quran. Mereka memang sudah terbiasa melazimkan diri agar setiap saat yang dilalui akan cuba terpenuhi dengan perkara yang berfaedah, yang insya-Allah boleh meningkatkan tahap keimanan mereka.

"Agak-agak macam mana la kat sana nanti ye? Leh ke kita survive akh?"

"Alah, boleh punya. Aktiviti dia kayak dan whaling jer. Minggu lepas masa mukhoyyam kan kita dah berlatih berakit dari pagi sampai petang. Siap sunburn lagi. Sure senang je nanti."

"Kalau setakat aktiviti fizikal tu ana tak kesah pun. Nak sunburn ke, patah tangan ke, sakit sendi ke, semua tu boleh baik nanti."

"Habis tu?"




"Masa mukhoyyam minggu lepas kita semua lelaki, alhamdulillah dah tarbiyah dan faham Islam. Apa yang kita buat tu insya-Allah lebih menaikkan tahap keimanan kita. Ukhuwah pun dapat dieratkan. Tapi kat OBS ni campur lelaki perempuan. Orang-orang umum pulak tu. Leh ke iman kita survive?"

"Ana faham apa yang antum maksudkan. Betul tu. Bukan senang nak jaga batas-batas pergaulan bila dah ramai-ramai macam tu. Ikhtilat akan berlaku. Memang susah kita nak jaga. Pulak tu, ikhwah yang ikut tarbiyah yang ada kali ni cuma ana dan antum je. Tapi akhi, cuba lihat dari luar kotak, apa orang minang kata, out off box."

"Orang minang ape ni akh.."

"Hahaha..Ye la, omputeh la. Ala antum ni, macam tak biasa pulak dengan ana."

"Ok,ok, maksud antum, kita cuba pandang daripada sudut yang positif ke? Anggap program ni sebagai medan untuk kita mempraktikkan apa yang kita pelajari selama ini la?"

"Hah, pandaipun ikhwah ana seorang ni. Jangan asyik-asyik fikir yang buruk-buruk je. Selama ni kita berada dalam 'comfort zone'. Satu rumah kita semuanya ikhwah. Pagi-pagi ada orang boleh kejutkan tahajjud. Solat subuh boleh sama-sama ke masjid naik kereta ana. Bila kita mula nak buat benda-benda mengarut dan tak berfaedah, ada ikhwah yang akan ingatkan. Suasana yang ada memang dibina bagi kita membentuk peribadi muslim yang diidamkan. Tapi bila kat luar, bila kita bersendirian, itulah masanya kita akan menunjukkan peribadi kita yang sebenar. Bolehkah kita tetap mengekalkan prinsip-prinsip Islam yang kita perjuangkan selama ini. Jadilah benih yang baik, dicampakkan ke tanah menjadi kereta, dicampak ke laut menjadi kapal selam, dicampak ke udara menjadi jet pejuang."

"Dah, mula dah perumpamaan pelik die ni. Tapi ana paham maksud antum, kita biar ke mana pun kita pergi, kita perlu membawa prinsip diri yang jelas, kan? Biar kita yang merubah suasana, jangan suasana yang merubah kita. Tapi ana masih risau. Antum pun tau kan, ana ni dulu macam mana. Ana ni mudah excited. Bila excited, habis semua perangai lama keluar. Ana risau ana akan jadi fitnah bagi ikhwah-ikhwah lain. Orang akan pandang serong bagi orang-orang yang berdakwah."

"Tenang akhi, cool...ape orang kampung ana kata, relax...haha.. Kita belum sampai pun lagi antum dah fikir macam-macam. Sekarang ni, selalu ingat, siapa kita sebenarnya. Ke mana pun kita pergi, kita ada misi dan visi yang jelas. Kita nak bawa perubahan dalam masyarakat. So, kat sana nanti, selalu fikir, macam mana kita nak sampaikan mesej Islam kepada mereka. Insya-Allah kita akan selalu dijaga oleh Allah. Ingat Allah selalu. Ok la ye akh, ana nak habiskan sikit lagi ni. Takut kat sana nanti program pack. Nanti berhutang pulak bacaan Al-Quran kita. Penat nak qada'. Antum dah habis ke?"

"Belum. Ok lah, ana pun nak sambung baca ni. Jazakallah atas nasihat akh."

Bas terus melaju menuju ke tempat program. Keresahan Ibrahim mulai berkurang setelah berbual dengan Syazwan. Begitulah lazimnya mereka, saling ingat-memperingati.

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
[Adz-Zaariyaat, 51:55]





******

Bas tiba di tapak program tepat jam 1 petang. Tengah hari sabtu itu amat panas. Kelihatan para pelajar menurunkan beg-beg daripada bas sambil mengipas-ngipas diri dengan majalah dan surat khabar yang ada di tangan. Tempat-tempat teduh segera ditujui bagi mengelakkan diri dibakar sinar matahari.

"Semua pelajar sila pergi ke dewan kayu sekarang!" Tiba-tiba satu suara memecahkan keheningan suasana.

Semua pelajar menuju ke dewan kayu sambil menggalas beg masing-masing. Ibrahim dan Syazwan tidak terkecuali. Di dalam dewan itu mereka diarahkan untuk mengambil tempat di atas bangku panjang yang berketinggian berbeza. Beg diletakkan di suatu sudut dewan.

"Akhi, ana harap kita dapat dalam 1 kumpulan. Nanti senang antum nak ingatkan ana."

"Insya-Allah. Semoga Allah mempermudah. Banyakkan berzikir Im"

Seorang lelaki berumur kira-kira 30-an maju ke hadapan para pelajar. Dia mengambil mikrofon dan kemudian membuat ucapan.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Selamat datang ke Outward Bound School ataupun OBS. Saya adalah Ramzan, ketua pelatih di sini. Kamu boleh panggil saya Abang Ramzan. Mereka semua yang berbaju kemeja di hadapan kamu ini adalah para pelatih yang akan membimbing kamu sepanjang program di sini. Harap kamu semua dapat memberikan kerjasama yang baik kepada mereka." Katanya sambil menunding ke arah barisan pelatih yang berkemeja biru, mungkin pakaian seragam pelatih di situ.

"Kamu semua beruntung kerana dapat datang ke sini. Di sini kamu akan dilatih untuk membina ketahanan mental dan fizikal di samping meningkatkan kebolehan kamu berinteraksi dan pergaulan di antara kamu. Kamu akan bekerjasama secara berkumpulan untuk menghadapi semua aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, saya harap kamu dapat buka minda luas-luas dan nikmatilah program ini dengan penuh semangat. Lupakan semua masalah yang membelenggu. Enjoy!"

'Betul jugak tu. Baik aku enjoy je kat sini. Tak payah tension-tension sangat. Insya-Allah semua akan ok,' Ibrahim berkira-kira sendiri.

"Baik, sekarang kita akan bahagikan kumpulan. Siapa yang dipanggil nama sila ikut pelatih masing-masing."

Semua pelajar dibahagi kepada 7 kumpulan yang dipanggil watch. Setiap watch terdiri daripada 14-15 orang. Lelaki dan perempuan disekalikan dalam satu kumpulan. Hasrat Ibrahim dan Syazwan untuk duduk sekumpulan tidak tercapai. Ibrahim ditempatkan dalam watch Tahan manakala Syazwan dalam watch Trusmadi. Mereka akan menjalani program secara berasingan, kerana Trusmadi dan Tahan berada dalam kumpulan besar yang berbeza. Trusmadi, Beremban dan Gading berada dalam Group 1 manakala Tahan, Ledang, Ulu Sepat dan Jerai Group 2. Ibrahim akan bersendirian mengharungi segalanya.



bersambung...

Read More »