Dakwah : Lapangkanlah Dadamu Sahabat

Assalamu'alaikum WBT...

Kata-kata seorang saudara seislam daripada jemaah yang berbeza:

"...seseorang itu telah menerima tarbiyah daripada jemaah lain.."

Kita perlu menyedari makna tarbiyah & komitmen bagi setiap individu itu berbeza-beza.
Ada orang kata apabila mad'u itu sudah duduk dalam majlis tazkirahnya, dia sudah ditarbiyah olehnya.
Ada yang kata apabila mad'u itu sudah menulis nama untuk menyertai kelab dakwahnya, dia sudah berintima'@berkomitmen dengan jemaah@kelabnya.


Sebelum kita terus kepada konklusi ini, diri yang lemah lagi hina ini berharap agar kita sama-sama bersikap terbuka.

Boleh jadi seseorang mad'u itu telahpun duduk dalam 2-3 majlis ilmu jemaah-jemaah lain, tetapi kita tidak tahu. Ada yang telah ikut halaqoh sejak dari sekolah, sedangkan kita tidak tahu. lalu kita tawarkan kepadanya untuk menyertai jemaah kita dan berdakwah bersama kita. Pernahkanh kita menyedari keadaan ini? Kita selalunya rasa kita sahaja yang paling laju menawarkan, sehingga tidak merasakan ada orang lain yang juga turut cuba menawarkan.

Keadaan ini akan membuahkan dua hal yang positif dan kemungkinan 1 hal yang negatif:
1. Mad'u itu memilih untuk bersama dengan kita
2. mad'u itu memelih untuk bersama dengan jemaah lain yang dirasakannya lebih sesuai dengan jiwanya.

kedua-dua keadaan ini baik. Dan mad'u itu pun senang hati kerana merasa bebas memilih. Dan sepatutnya kita sama-sama meraikan pilihannya tersebut.

namun kemungkinan ketiga ini mungkin berlaku:
3. Mengambil keputusan tidak mahu menyertai mana-mana jemaah dakwah demi menjaga hati semua pihak. lagi-lagi apabila dia diprovokasi supaya jangan sertai pihak itu dan ini, sertai kami sahaja.

Dan ini lebih membarah. Terus menjadi orang umum, tidak mendapat bimbingan daripada mana-mana pihak. Lalu menjadi orang umum tentunya akan terdedah kepada kerosakan masyarakat yang lebih berat, memandangkan dirinya tiada perisai kefahaman agama.

Dan di sinilah perlunya idea 'berlapang dada' dengan pilihan-pilihan mad'u kita.
Mad'u ana sendiri, yang asalnya ditarbiyah daripada sekolah, tetapi masuk ke kampus ana, melihat pelbagai jemaah yang ada, dia memilih untuk menyertai jemaah lain. Jadi? Nak buat apa? Beritahu presiden jemaah lain tersebut dan memberi peringatan, "Jangan ganggu anak halaqoh ana, dia dah ikut halaqoh dengan kami sejak dari bangku sekolah."

Atau jumpa mad'u tersebut dan berinya peringatan, "Nta dah lama ditarbiyah daripada sekolah lagi. Komitmenlah dengan jemaah ini. Tergamak nta tinggalkan kami?"

Asif. Asif jiddan. Ana tidak rasa itu semua perlu. Biarlah mad'u-mad'u ana itu memilih mana yang disukainya. Tugas ana ialah membentuk kefaman Islamnya sebaik mungkin semampu ana, diri yang lemah serta penuh kekurangan ini. Setelah usaha ini diletakkan, lalu dia tetap tidak yakin dengan jalan juang yang ana tunjukkan ini, ya, silakan pergi ke mana-mana yang antum rasa sesuai. Ana berlepas tangan. Yang penting, sila bersungguh-sungguh berdakwah dengan pilihan antum tersebut.

Buat ana, itu suatu muhasabah. Banyak yang perlu diperbaiki.
Mungkin penyampaian yang tidak begitu baik.
Mungkin pendekatan yang tidak begitu berhikmah.
Mungkin akhlak yang ditunjukkan tidak cukup cantik.
Mungkin sekali ada dosa-dosa silam yang mengaratkan jiwa menyebabkan Allah tidak berkehendak mad'u itu ditarbiyah oleh diri ana yang lemah dan hina ini.

Lalu berpesan sesama teman seperjuangan untuk terus memperbaiki diri.

Kan mudah?
Nak pergi, pergilah. Redhakan sahaja. Bukannya hak kita untuk paksa-paksa. Kita hanya perlu beri peringatan.

Dan inilah sikap yang sepatutnya kita sama-sama pupuk. Raikan sahaja perbezaan. Raikan pendapat. Selama mana tidak bercanggah dengan syariat Allah, biarkan mereka bergerak.

Untuk soal mad'u itu asalnya memang ditarbiyah oleh kita atau ditarbiyah oleh kumpulan lain kemudiannya kita pula yang cuba bimbing tetapi akhirnya ingin ikut orang lain, atau apa sahaja bentuknya yang akhirnya mereka memilih untuk tidak bersama dengan kita, biarkan sahaja ia pergi. Kita teruskan berdakwah.


Berdakwahlah kepada Allah. Lakukannya hanya kerana Allah. Sudah. Kalau benar memang kerana Allah, kita akan bahagia, lapang dada. Kerana Allah hanya menanggjawabkan kita menyampaikan peringatan, pilihan yang dibuat oleh orang-orang yang disampaikan peringatan itu.

Lapangkan dadamu wahai sahabat...

Wallahua'lam

~End Of Post~

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^