Tazkirah : Kerabunan

"Usaid, kau bawa kawan kau balik rumah ya?" Mak Mah bertanya kepada Usaid. Saya memandang Usaid dan Usaid memandang saya. Kami tersengih-sengih. Mana tidaknya, 'kawan' dimaksudkannya adalah saya!

Mak Mah adalah panggilan kami buat anak angkat nenek kami. Dia tinggal bersama dengan datuk dan nenek kami yang rumahnya hanya berhadapan dengan rumah kami. Mak Mah matanya sudah kabur kesan daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya.


"Haah." Usaid menjawab selamba. Nakal adik aku ni.


"Owh, seorang je? Bukan kau selalu bawa ramai-ramai ke?"

Usaid hanya mendiamkan diri sambil tersenyum memandang saya. Kami terus mengatur meja dan kerusi untuk majlis kenduri doa selamat sempena keberangkatan ibu dan ayah yang tercinta ke tanah suci minggu hadapan.

"Dia orang mana?" Mak mak terus bertanya.

"Mak Mah, Usaid nak masuk dulu, tolong Abah angkat barang. Pergi dulu ya." Usaid berlalu pergi meninggalkan saya menyusun meja.

"Kamu ni orang mana?" Tiba-tiba Mak Mah bertanya kepada saya. Saya sudah tidak tahan lagi.

"Mak Mah, ini Umair lah!"

Mak Mah terdiam seketika. Lalu dia berkata,

"Ish ish ish. Sampai hati korang ye.."

"Apa pulak Umair, Usaid lah."

Kerabunan

Mak Mah matanya rabun. Dia tidak kenal saya kerana matanya tidak dapat melihat. Tiada siapa boleh menyalahkan dia. Nikmat penglihatannya sudah ditarik. Kalau dia ditipu sesiapapun dia tidak tahu. Alangkah sedihnya.

Kerabunan Fizikal VS Kerabunan Spiritual

Namun ada yang lebih menyedihkan. Apabila seseorang tidak dapat melihat sesuatu yang benar sebagai kebenaran, dan tidak dapat melihat sesuatu yang batil sebagai kebatilan.

Tahu meninggalkan solat itu hukumnya berdosa, tetapi menganggap tiada masalah kerana sedang darurat mencari sesuap nasi. Kalau berhenti solat takut kena potong gaji.

Bila diajak ke majlis ilmu berat sekali terasa. Namun apabila diajak keluar tengok wayang, main game, tengok movie, tiada pernah ada alasan. Walaupun sedang sibuk buat assignment, sanggup ditinggalkan!

Mencari jodoh perlu kenal-kenal dahulu, bercintan-cintun sana sini, kenal isi hati. Walhal semua itu jelas-jelas tuntutan nafsu dan demi kepuasan diri. Alasan diberi adalah untuk berlatih menjadi suami dan isteri yang baik serta ideal. Maaf, berkenalan dan berpacaran hanya akan menjadikan anda semua pacar yang baik sahaja. Untuk menjadi suami atau isteri yang baik, anda perlu terjun ke alam pernikahan yang sebenarnya.


Melihat Islam itu sempit dan mengongkong, menghalangnya daripada bebas. Islam penuh larangan dan konservatif. Tidak moden! Dia ingin buat sesuka hatinya. Ya, silakan! Lalu kita akan lihat ramai bayi yang dibuang merata-rata serta kes kelahiran tanpa bapa yang akan meningkat dengan drastiknya. Fakta Hospital Raja Pemaisuri Bainun pada tahun 1998, dalam masa sebulan, catatan kes wanita yang melahirkan tanpa bapa @ kes kelahiran anak luar nikah yang maksimum adalah 7 kes sebulan. Sekarang pada tahun 2010, seminggu kalau dapat 7 kes itu adalah paling sedikit. Malah menurut akhwat yang sedang bekerja di sana, sehari dia pernah mendapat 7 kes kelahiran bayi luar nikah!

Inilah yang terjadi apabila manusia melihat kehidupan melalui kaca mata nafsu. Kita celik, tetapi hakikatnya rabun. Kita merasakan yang baik itu adalah apabila semua yang kita suka dapat dipenuhi dan apa yang kita benci tidak perlu dilakukan. Sungguh silap penyataan ini. Lupakah kita akan ayat ini,

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[Q.S. Al-Baqarah, 2:216]

Sebab itu kita perlu kembali melihat kehidupan dengan kaca mata akhirat. Melihat apa yang sebenarnya kita sedang hadapi. Sedarlah keinginan kita sekarang telah dicemari oleh musuh-musuh Islam, Yahudi serta Nasrani sehingga nafsu menjadi apa yang paling ingin kita penuhi. Sehingga segala kewajiban lain berat sekali untuk kita tunaikan.

Sehingga Allah mengatakan,

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
[Q.S. Al-Hijr, 22:46]

Kesimpulan : Kita tidak buta sebenarnya

Sebenarnya kita tidak buta. Kita cuma dipakaikan 'kaca mata' yang telah diubahsuai oleh musuh-musuh Allah. Dalam tidak sedar kita tersilap menilai.

Maka tanggalkanlah kaca mata yang mengarut itu. Gunakan kembali 'kaca mata' yang sebenar. Mata yang melihat melalui kaca mata Al-Quran dan As-Sunnah. Insya-Allah kita mampu mengubahnya. Masih ada waktu.


~End Of Post~

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^