Istimewa : Nurul Iman

Nurul Iman?
Kenapa dengan Nurul Iman?
Nur bermaksud Cahaya. Al-Iman bemaksud Keimanan.
Nurul Iman maksudnya Cahaya Keimanan.

Di rumah saya ada Nurul Iman. Namun dia akan pergi jauh.

Dia yang saya maksudkan adalah Nurul Iman binti Zulkefli. Adik saya.

Dia baru sahaja menyelesaikan SPM pada tahun lepas dan dengan izin Allah SWT mendapat keputusan yang cukup cemerlang, 11A. 10A+ dan 1A. Lalu beliau mendapat tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Alexanderia University di Mesir. Dia telah menjalani kursus persediaan selama 3 bulan di Kolej Teknologi Timur, KTT. Dan tarikh penerbangannya adalah 15 September 2010 pada jam 1:30 pagi. Petang ini kami sekeluarga dan saudara-mara yang terdekat akan menghantarnya ke lapangan terbang Kuala Lumpur, KLIA.

Selamat berjuang adikku. Kenang kami dalam doamu.
Jadilah seperti Dr. Nurul Iman!



~End Of Post~

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^