Promosi : BAKSOS Masuk Sinar Harian

Assalamu’alaikum WBT

Alhamdulillah, Program Bakti Sosial (Baksos) berjaya dijalankan dengan jayanya pada 14 Ogos 2010 di Teratak Bait Al-Amin, Parit. Baksos kali ini adalah hasil kerjasama Synergy Media, Neo Synergy Training Centre, dan Kelab Dakwah & Rohani (KEWANGI) UniKL Mimet. Juga kepada Surau Nurul Huda, Tasek Putra dan Sinar Harian yang telah memberikan sumbangan ikhlas untuk kami sampaikan.


Program ini diikuti dari pelbagai Institusi Pendidikan bermula dari sekolah menengah, matrikulasi dan IPT. Antara yang mengambil bahagian dalam Baksos kali ini adalah MCKK, KMPK, KMPP, KISDA, UniKL Mimet, UTP, UIA serta graduan USM,UTP dan UTM yang pasti memotivasikan putera puteri Bait Al-Amin dalam menuju kejayaan.



Kesemua pelajar dengan gembira berkampung selama sehari bermula pada pagi sehingga iftar dan tarawih bersama. Banyak aktiviti-aktiviti menarik telah dilaksanakan bagi menguatkan ukhuwah, membina motivasi, membina jati diri dan mensinergi potensi diri. Keikhlasan dari para peserta memberi infak berbentuk masa, tenaga, harta dan senyuman jelas terpancar di tempat ini.

Penutupan Baksos diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari putera puteri Bait Al-Amin yang amat menyentuh hati kesemua yang mengambil bahagian dalam program ini. Pihak Synergy Media mengucapkan Jazakumullah Khair Kathiran kepada semua yang telah menjayakan program ini khususnya NSTC dan KEWANGI. Tidak lupa juga kepada semua penyokong Majalah Sinergi yang telah membeli majalah tersebut, kerana setiap pembelian anda telah menyumbang kepada tabung kebajikan, palestin dan dakwah.

Antara Komentar dari peserta Baksos:

“ceria & menarik, ada lagi, bagi la tahu” – Affan
“amat menghiburkan dan menyentuh hati”- Syah
“perlu diteruskan, sebab bagus kalau dah start tarbiyyah kepada budak-budak ni” – Syawal
“Seronok tapi perlu aktiviti yang lebih aktif” – Japi
“bagus, ramai mohon rakaman” – Nu’aim
“5 bintang, wajar dilakukan lagi” – Afiq
“lain kali buat banyak kali” – helmi
“kalau boleh tambah slot yang khas untuk ‘hati ke hati’” – Arif
“happening & sporting, sedikit sebanyak dapat break the bond” – Zaimah
“ok, member motivasi yang baik dan menyedarkan diri”-Faezah
“nasyid dari anak-anak yang sangat menyentuh hati. Program sebegini boleh diperbanyakkn lagi.” – Farah
“memuaskan kerana menderma untuk anak yatim” – maisarah
“banyak perkara baru yang dipelajari. Banyak ilmu agama yang diterapkan.” – norasyidah
“menarik, dapat mengisi masa lapang & dapat bermesra dengan anak-anak di sini” – yasmin

Alhamdulillah, program Bakti Sosial tersebut telahpun dilaporkan dalam Ahkbar Sinar Harian edisi Perak. Berikut adalah liputan daripada Laman Rasmi salah satu penaja program, Synergy Media.



Assalamu'alaikum WBT

Sepanjang Synergy Media bercuti, BAKSOS yang dijalankan dalam bulan Ramadhan dimasukkan ke dalam Akhbar Sinar Harian. Semoga perkongsian tersebut menaikkan semangat masyarakat untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan. Alhamdulillah.

Di bawah kami sertakan keratan akhbar tersebut.

Fasilitator Lelaki dan Peserta Baksos bersama Putera-putera Bait Al-Amin

Memandangkan perkataan di keratan di atas kurang jelas, sini kami re-type untuk bacaan semua.

PARIT - Anak-anak yang tidak bernasib baik perlu diberikan semangat untuk merubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

      Oleh itu, sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang pernah mendapat bimbingan dari pada sebuah syarikat motivasi dan latihan iaitu Synergy Training Centre (pembetulan : Neo Synergy Training Centre) menganjurkan satu program bakti sosial atau bakso (pembetulan : Baksos) di rumah anak yatim dan miskin Bait Al-Amin, Parit.

     Pengarah program, Fakhrullah Mawardi, 20, berkata, program itu bertujuan memberikan motivasi dan keceriaan kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

     Menurutnya, konsep yang digunakan diambil daripada al-Quran supaya perkara itu dapat terpahat dalam hati masing-masing.

    "Kita mahu memberikan motivasi kepada anak yatim ini supaya mereka mampu merubah kehidupan menjadi lebih baik dari sekarang."

    "Kita memberikan kesedaran kepada mereka kenapa mereka perlu berubah ke arah lebih baik dan tahu hala tuju hidup sebenar", katanya.

     Fakhrullah adalah pelajar Kejuruteraan Kimia tahun dua dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata, bukan sahaja anak yatim akan mendapat manfaat daripada program berkenaan kerana fasilitator juga turut sama mendapat faedahnya.

     "Apabila datang ke sini secara tidak langsung fasilitator sendiri akan dapat melihat cara hidup di sini dan akan lebih menghargai ibu bapa masing-masing"

     "Kita juga mahu perkara ini berterusan iaitu mereka yang mendapat khidmat motivasi daripada program ini akan menjadi fasilitator kepada orang lain pula selepas ini", katanya.

     Sementara itu, seramai 12 fasilitator daripada UTP, UniKL, Kolej Matrikulasi Gopeng, UIA turut serta menjayakan program berkenaan. (Pembetulan : 12 Fasilitator, 60 yang lain adalah peserta baksos dari pelbagai institusi pengajian)


Fasilitator dan Peserta Baksos bersama Puteri-Puteri Bait Al-Amin
Synergy Media mengucapakan seikhlas terima kasih kepada Neo Synergy Training Centre yang menjemput kami bekerjasama menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada pembeli Majalah Sinergi atas sumbangan anda ke tabung kebajikan kami dalam setiap belian anda. Semoga Allah meredhai semua usaha amal kita. Amin.

~End Of Post~

0 comments:

welcome to my blog. please write some comment about this article ^_^